2 TAHUN SOKET ELEKTRIK INI ROSAK. BILA TECHNICIAN CHECK RUPA RUPANYA..

Soket elektrik yang tidak berfungsi sememangnya menyusahkan kerana penghuni rumah perlu menggunakan soket tambahan yang boleh digunakan dalam jarak jauh. Kami pasti, setidak-tidaknya pasti sekali dalam hidup anda pasti pernah mengalami masalah ini.

Begitulah halnya yang berlaku kepada Darren Steels dan isterinya selama dua tahun lamanya. Apabila mula masuk ke rumah tersebut, Darren dan isterinya langsung tidak tahu menahu tentang ‘rahsia’ yang disimpan oleh soket berkenaan.

Oleh itu, selama dua tahun, pasangan ini terpaksa menggunakan soket yang terletak jauh untuk mencuci bahagian tangga (dipercayai soket yang ‘rosak’ itu terletak di bahagian dinding sisi tangga).

Bagaimanapun, mungkin kerana sudah tidak sanggup bersusah-payah selama bertahun-tahun, akhirnya Darren memutuskan untuk memanggil khidmat juruelektrik untuk ‘membaiki’ soket yang rosak itu.

Rupa-rupanya, tanpa mereka sangka, juruelektrik itu mendapati bahawa sebenarnya soket itu bukanlah soket biasa! Malah, soket itu sebenarnya merupakan laci simpanan rahsia di rumah itu!

Apabila sepasang soket itu ditarik, sebuah laci terkeluar dari sisi dinding. Memang luar biasa! Tetapi malang, tiada apa-apa harta ditemui di dalam laci itu melainkan habuk dan seekor labah-labah yang telah mati.

Lucu pula bila melihat video ini!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman Darren ini telahpun mendapat lebih daripada 1.06 juta tontonan, 56,336 sukaan, 5,601 ulang kicau dan 890 komen dari warganet yang turut terhibur dengan penemuan

Malah, ada juga antara mereka yang muncul dengan teori tersendiri!

“Tempat tinggal kamu mungkin merupakan bekas tempat tinggal pengedar dadah”

“Kamu bukan orang pertama yang mengatakannya!!!” jawab Darren.

“Ini benar-benar lucu dan agak kelihatan seperti James Bond”

“Saya akan pastikan agen hartanah akan menyatakan tentang ciri berguna ini apabila kami mahu menjualnya kelak!” ulas Darren, bergurau.

“Soalan pentingnya adakah ada apa-apa di dalamnya?”

“Habuk, sarang dan labah-labah yang telah mati,” jawab Darren hampa tetapi tidak berharap.

Memang lucu sungguh kisah ini. Tetapi sebenarnya, ini sememangnya idea yang bernas untuk menyimpan barang berharga di rumah!

Sumber : Era Baru

Be the first to comment on "2 TAHUN SOKET ELEKTRIK INI ROSAK. BILA TECHNICIAN CHECK RUPA RUPANYA.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*