Ozlynn Merayu Nak Hamil Lagi Tetapi Respond Dari Keluarganya Amat Tidak Disangka

Pelakon Ozlynn Wati mencuri perhatian wargamaya apabila membuat rayuan untuk hamil kali terakhir walaupun mendapat tentangan daripada ahli keluarganya.

Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn berkongsi beberapa keping foto meraikan sambutan hari lahir ibu, suami, Johan, serta anaknya Ariq dan Moleiq.

“Selamat hari lahir buat papa, mak, Ariq dan Moleiq. Sayang sangat-sangat. Terima kasih kepada yang bagi hadiah dan doa. Buat adik-beradik, tolonglah bagi aku mengandung last. Janji last.

Moleiq dah request nak adik tu. Siapa setuju aku mengandung lagi? Undian yang banyak kira akan hapuskan undian adik-beradik aku yang bangkang aku mengandung lagi,” tulis Ozlynn menerusi ruangan kapsyen.

Hasil perkongsian hidup bersama Johan, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan bersetuju untuk Ozlynn hamil lagi.

“Saya sokong sebab baguslah menambahkan umat Rasulullah SWT, happy birthday semua di atas,” komen seorang wargamaya.

“Semoga dimurahkan rezeki mengandung lagi. Semoga dapat baby yang sihat, comel, motel dan soleh solehah,” doa seorang wargamaya.

“Saya setuju Ozlynn mengandung lagi sebab comel la anak-anak korang,” puji seorang wargamaya.

“Setuju Ozlynn mengandung lagi sebab dia asyik mengandung banyak kali badan tetap macam tu je dari zaman anak dara. Tak payah fikir nak turunkan berat badan lepas beranak,” kata seorang wargamaya.

“Tak payah tutup kilang, mengandunglah banyak-banyak. Semua anak cantik-cantik dan comel-comel,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 65,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Ozlynn Merayu Nak Hamil Lagi Tetapi Respond Dari Keluarganya Amat Tidak Disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*