
KUALA LUMPUR: Pelanggan restoran kini tidak lagi dihadkan, sebaliknya boleh duduk sekali berdasarkan saiz meja.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerajaan tidak menetapkan had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk di meja makan restoran.
“Selagi ada penjarakan sosial, meja panjang yang boleh muat 10 orang, kita benarkan untuk 10 pelanggan duduk di situ.
“Cuma isu yang nak ditekankan di sini ialah mengenai penjarakan sosial, selagi aspek ini dipatuhi, kerajaan tiada halangan mengenai jumlah pelanggan di meja makan.
“Kalah boleh muat lapan orang, lapan orang boleh duduk, kalau boleh 10 orang, 10 orang dibenarkan duduk,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKPP, di Putrajaya, hari ini.
Sumber: bharian via RJ Sohorby
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply