Elly Mazlein Buat Hal Di Set Meletop Yang Memang Tiada Dalam Skrip. Memang Kelakar Betul

Bergandingan lagi dengan Nabil Ahmad menerusi rancangan hiburan popular, Meletop ternyata membuatkan Elly Mazlein sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai dengan sikap lucu selebriti itu yang sering membuatkan orang ramai terhibur gara-garanya.

Jika sebelum ini, telatah sporting Elly Mazlein atau turut mesra disapa Kak Lina Pompom disaat mengacara Meletop sebagai hos jemputan dipuji dan kali ini juga tidak kurang hebatnya.

Ini kerana, situasi yang pada mulanya yang membuatkan orang ramai terhibur namun akhirnya ia dipuji kerana sikap profesional pelakon Kampung People ini mengendali situasi.

Pada malam tadi, Elly Mazlein tidak disangka-sangka hampir tersandung disaat mahu menyanyi bersama Azmi dan apa yang menjadi perhatian juga, kasutnya putus gara-gara kejadian itu lalu membuatkan Nabil Ahmad turut cuba mengawal situasi tersebut.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya juga bukanlah merupakan pengacara baru jadi kejadian itu menjadi lucu sekali gus membuatkan penonton terhibur.

Elly Mazlein putus kasut jadi perhatian warganet

Satu perkongsian video disebalik tabir kejadian Elly Mazlein putus kasut juga menjadi perhatian warganet apabila ia dimuat naik menerusi laman Instagram Meletop dimana dapat diperhatikan selebriti ini cuba mengawal situasi dengan baik.

Bukan itu saja, Elly Mazlein juga membuatkan warganet gelak besar apabila dia siap catwalk dengan kasutnya yang terputus.

https://www.instagram.com/p/CBf0EcelZfa/?utm_source=ig_embed

Situasi berkenaan bukan saja membuatkan penonton dan netizen terhibur malah memuji sikapnya yang berjaya mengawal kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Memang sesuai Kak Lina Pom Pom jadi pengacara Meletop. Korang rasa camne?

Sumber : HimpunanCeritaLawak

Be the first to comment on "Elly Mazlein Buat Hal Di Set Meletop Yang Memang Tiada Dalam Skrip. Memang Kelakar Betul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*