Ada Yang Pengsan Ada Yang Tak Berhenti Menangis. Genting Highland Buang 3000 Orang Pekerja

Syarikat Genting Malaysia Bhd (Genting) mengurangkan 3,000 pekerjaan yang merangkumi 15 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja bagi kasino mereka, lapor Bloomberg.

Memetik sumber yang tidak dinamakan namun mengetahui hal berkenaan, laporan itu menyebut proses pemberhentian sudah pun bermula.

Genting – yang menggaji lebih 20,000 tenaga kerja setakat 2019 – sebelum ini menawarkan pemotongan gaji untuk kakitangan mereka sebagai sebahagian daripada proses penjimatan buat konglomerat yang ditubuhkan pada 1865 itu.

Semasa dihubungi seorang pegawai Genting meminta portal berita berkenaan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan syarikat terbabit pada 22 Mei lalu.

Ia merupakan pengumuman langkah penstrukturan Genting di negara ini termasuk pemotongan gaji sukarela serta penyesuaian jumlah tenaga kerja syarikat terbabit.

Genting bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah orang yang kehilangan kerja pada waktu itu.

Ketika kerajaan membenarkan kebanyakan aktiviti disambung semula melalui perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun, kegiatan perjudian Genting dan perkhidmatannya yang lain masih ditutup.

Sementara itu hari ini syarikat perjudian lain – Berjaya Sports Toto Bhd, Magnum Bhd dan Pan Malaysia Pools Sdn – dilaporkan menyambung semula operasi masing-masing.

Pada suku pertama tahun ini Genting menanggung kerugian bersih RM417.96 juta akibat gangguan operasi mereka di seluruh dunia kesan penularan wabak Covid-19.

Semalam Genting mengumumkan Resorts World Kijal di Terengganu Resorts World Langkawi akan dibuka semula esok.

Bagaimanapun Resorts World Genting Resorts World Awana masih ditutup sehingga notis baru mengenainya dikeluarkan.

Sumber : Malaysia Kini

Be the first to comment on "Ada Yang Pengsan Ada Yang Tak Berhenti Menangis. Genting Highland Buang 3000 Orang Pekerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*