Kluster Baru Ditemui Di Selangor. Ini Keterangan Dari DG Noor Hisham

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, tiga orang telah disahkan positif di dalam kluster tersebut.

“Kluster ini dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga di kalangan penghuni rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor, sehingga kini terdapat tiga kes positif bagi pusat penjagaan warga emas ini.

“Dua kes telah didapati positif C0v19 pada 17 Mei 2020 hasil daripada saringan pusat penjagaan warga emas, pada ketika ini seramai 12 kakitangan dan 26 penghuni tersebut telah disaring, keputusan kesemua kakitangan dan 24 penghuni adalah negatif,” katanya.

Pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan dan langkah pencegahan turut diambil termasuk nyah cemar dan nyah kuman.

41 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini Termasuk 38 Kes Penularan Tempatan

Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,494 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan hanya tinggal sebanyak 973 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Dalam pada itu, beliau juga turut memaklumkan bahawa daripada 41 kes baru yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia/SK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*