Kenaikkan Bil TNB Melampau Sehingga Membebankan Rakyat. Ini Apa Yang Dilakukan Oleh Kerajaan Kepada TNB

KEMENTERIAN Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah bil elektrik melambung tinggi sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati pengguna di seluruh negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pegawai eksekutif dan pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pagi hari ini dan akan bersambung lagi esok bagi mencari penyelesaian mengenai rungutan orang ramai mengenai bil yang melambung tinggi itu.

Menurutnya, kerajaan amat peka dan memahami isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan ia dapat diselesaikan segera.

“Dalam mesyuarat pagi tadi, kita sudah menyatakan pandangan kementerian dan rungutan orang ramai serta meminta TNB memberi penjelasan dan mencari langkah wajar bagi menyelesaikan isu ini.

TNB beri penjelasan kenaikan bil elektrik

“Pagi esok kita akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bersama ST dan dijangka TNB akan mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan kemelut ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan ke Pusat Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang di Temerloh petang hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*