Kereta Kesayangan Black Yang Dipandu Oleh Pekerjanya Kemalangan Agak Teruk. Ini Respond Black Bila Dapat Tahu Tentang Itu

Penyanyi Black Hanifah yang berada di Pulau Pinang sejak Rabu lalu terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas pekerjanya mengalami kemalangan jalan raya pada Jumaat.

Kenderaan jenis pacuan empat roda itu yang dipandu oleh pekerjanya terbabas melanggar pembahagi jalan selepas tayar kanan sebelah hadapan pecah.

“Kejadian itu berlaku selepas pekerja saya menggunakan kenderaan terbabit untuk membeli barangan kelengkapan pejabat.

“Tiba-tiba tayar kanan bahagian hadapan pecah dan hentam pembahagi jalan. Mujur tiada apa-apa dan tak teruk pun.

“Cuma ada body kit bahagian hadapan, sport rim yang baru ditukar rosak dan perlu dibaiki,” katanya kepada Gempak.

Berdepan kerugian sekitar RM8,000, kata Black dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Benda dah nak jadi, saya reda sahaja. Selepas dimaklumkan saya terus bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana kenderaan itu saya selalu guna untuk bawa motosikal cross.

“Saya pula jenis sayangkan kenderaan jadi saya mesti tengok sendiri keadaan kereta saya itu,” tambahnya.

Kereta Rosak Takpe Boleh Repair

Di dalam instagram Black, dia meluahkan rasa syukur pekerja beliau tidak mengalami apa apa kecederaan.

Alhamdulillah @afif_lea selamat, kete xdak hal.. kita bole repair. Selamat hari raya aidilfitiri..

Dalam pada itu, Black menyangkal dakwaan punca kemalangan terbabit disebabkan kecuaian penyelenggaraan tayar kenderaannya.

“Ramai nampak tayar kereta itu sudah haus tapi ia masih boleh dipakai lagi.

“Memandangkan saya baru keluar dari hutan menggunakan kenderaan itu, tayar pun nampak seperti warna tanah dan botak. Tapi tak pun,” tambahnya.

Black turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memandu dengan berhemah sepanjang masa.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Kereta Kesayangan Black Yang Dipandu Oleh Pekerjanya Kemalangan Agak Teruk. Ini Respond Black Bila Dapat Tahu Tentang Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*