Pemegang World Guinness Records Rambut Tertinggi. Yang Lebih Menakjubkan Bila Rambut Tersebut ‘Diwarisi’ Anak Perempuan

WASHINGTON: Benny Harlem bukan saja pendandan rambut paling berjaya yang terkenal di Instagram, tetapi dia juga pemegang World Guinness Records sebagai individu memiliki gaya rambut tertinggi di dunia dengan ketinggian 20.5 inci..

Model lelaki berpangkalan di California itu menjadi terkenal pada 2016 ketika gambar gaya rambut Afro yang mengagumkan menjadi tular di media sosial.

Anak perempuannya, Jaxyn jelas mewarisi genetik rambutnya dengan beberapa gambar gaya rambut menarik menjadikan gadis itu turut popular di media sosial.

Benny Harlem: A Million Dollar Scam? |The African Digest. – The ...

Portal Oddity Central melaporkan Harlem menjadi penyokong gaya rambut semula jadi dan menanamkan rasa cinta sama pada anak perempuannya sejak kecil.

Untuk memastikan rambut mereka sentiasa nampak segar, Harlem mendedahkan dua beranak itu menggunakan syampu yang dibuat sendiri menggunakan bahan semula jadi.

Father & Daughter Duo Takes Over The Internet With Their Natural ...

“Saya lihat rambut kita seperti tumbuhan. Sebahagian besar tumbuhan memerlukan bahan semula jadi untuk tumbuh dan terus hidup, dan sejujurnya, jiwa dan tubuh kita memerlukan perkara sama.

“Keluarga saya buat syampu sama seperti kami luangkan masa membuat makanan. Itu dinamakan disiplin,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Pemegang World Guinness Records Rambut Tertinggi. Yang Lebih Menakjubkan Bila Rambut Tersebut ‘Diwarisi’ Anak Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*