Terkejut Wanita Ini Bila Agong Dan Permaisuri Masuk Rumah. Dia Menolak Pemberian Kerusi Roda Baru Dari Tunku Azizah Tetapi Ini Respond Raja Permaisuri Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mengetepikan protokol dengan berangkat menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang, hari ini.

Baginda berdua berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Tuan Azmi Tuan Hassan di Kampung Bukit Kuin 2, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.

Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada dua lagi keluarga, masing-masing di Kampung Pasir Kemudi dan Kampung Bukit Kuin 1, dekat Jalan Sungai Lembing.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua mencerminkan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kebajikan golongan memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka. Daulat Tuanku,” menurut kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang, hari ini. - Foto Facebook Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang, hari ini. – Foto Facebook Istana Negara

Turut berangkat menyertai ziarah itu ialah anakanda Seri Paduka berdua, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Bercerita lanjut, Rohani berkata dia pada mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan semalam bahawa pasangan diraja itu bakal mencemar duli ke rumahnya kerana beranggapan tidak mungkin ‘orang besar’ akan berbuat demikian.

Turut menerima ziarah kasih itu ialah dua beradik Tuan Azmi Tuan Hasan, 49, dan Tuan Mohd Azizi, 42, yang terlantar akibat penyakit saraf di Bukit Kuin 2 di sini yang tinggal berdua selepas kematian ibu mereka pada 1998.

Sejak itu, tanggungjawab menguruskan dua beradik itu jatuh kepada anak ketiga, Tuan Azman, 47, yang berulang-alik setiap hari ke rumah pusaka keluarga mereka beberapa kali sehari kerana dia tinggal bersama keluarganya di Kampung Pandan Jaya di sini.

“Abang dan adik menderita penyakit itu sejak lahir yang perlahan-lahan menyebabkan mereka kehilangan upaya untuk berdiri dan berjalan. Abang sempat bersekolah hingga tingkatan tiga manakala adik hanya setakat darjah enam,” katanya.

MULA MULA TAK MAHU KERUSI RODA BARU

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang. - Foto Facebook Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang. – Foto Facebook Istana Negara

Orang Kelainan Upaya (OKU), Faratun Naim Mi, 47, pula mengakui terharu apabila Al-Sultan Abdullah secara spontan menitahkan supaya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberikan kerusi roda baharu kepadanya selepas melihat kerusi roda yang digunakan.

“Saya beritahu kerusi roda saya masih elok tapi baginda tetap mahu mengurniakan yang baharu. Tunku Azizah yang mendengar terus mencadangkan supaya kerusi roda asal digunakan untuk melasak, manakala yang baharu dibuat melaram.

“Saya gemuruh juga bila dimaklumkan mengenai kehadiran Seri Paduka berdua ke sini kerana bimbang jika tersalah cakap tapi keperibadian baginda berdua yang ramah menyebabkan semua rasa itu hilang,” katanya.

Faratun Naim berkata Seri Paduka baginda berdua juga menasihatkannya agar terus cekal dan bersemangat selepas disembah maklum bahawa dia masih melakukan pelbagai kerja, termasuk memotong rumput walaupun berkerusi roda.

Faratun Naim berkata dia lumpuh dari aras pinggang ke bawah selepas terbabit dalam kemalangan motosikal pada usia 21 tahun dan kini tinggal berdua dengan ibunya, Zaleha Abdullah, 75, di Bukit Kuin 1.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Terkejut Wanita Ini Bila Agong Dan Permaisuri Masuk Rumah. Dia Menolak Pemberian Kerusi Roda Baru Dari Tunku Azizah Tetapi Ini Respond Raja Permaisuri Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*