
Tempoh hari, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut dan salun kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Namun setelah beberapa hari kembali beroperasi, seorang tukang gunting rambut telah dikesan positif Covid-19.
40 kontak rapat dikenal pasti
Seorang tukang gunting rambut BWN dikesan positif Covid-19. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Jumlah kontak yang dikenal pasti adalah seramai 40 orang termasuk 4 rakan serumah. Mereka diminta untuk kuarantin di rumah.
Kenyataan yang dilaporkan menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah kontak rapat pesakit telah dikenal pasti seramai 40 orang termasuk 4 rakan serumahnya. Semua kontak rapat pesakit diminta untuk kuarantin di rumah masing-masing. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun.
Perlu disaring sebelum beroperasi
Sebelum ini, satu sidang media khas Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa semua pekerja tukang gunting rambut warga asing perlu membuat swab test terlebih dahulu sebelum memulakan operasi. Jika keputusan mereka disahkan negatif, barulah mereka akan dibenarkan untuk beroperasi. Manakala, jika terdapat mana-mana tukang gunting rambut warga asing yang tidak membuat ujian tersebut, mereka boleh dikenakan denda.
Tukang Gunting Rambut Warga Asing Wajib Buat Swab Test Sebelum Beroperasi
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob melaporkan tukang gunting rambut warga asing perlu melakukan swab test terlebih dahulu sebelum memberi khidmat kepada para pelanggan.
Perlu buat swab test dulu
Menurut Datuk Ismail Sabri, kesemua tukang gunting rambut warga asing perlu membuat swab test terlebih dahulu sebelum memulakan operasi. Jika mereka disahkan negatif, mereka akan dibenarkan beroperasi. Tambahnya, tukang gunting rambut warga asing akan dikenakan denda sekiranya mereka tidak membuat test tersebut terlebih dahulu.
Pelanggan juga boleh meminta bukti daripada tukang gunting sekiranya mereka mengingkan kepastian sama ada tukang gunting rambut tersebut sudah menjalani swab test atau belum. Langkah tersebut juga merupakan salah satu langkah rakyat Malaysia membantu kerajaan bagi membanteras wabak yang sedang melanda.
Mengulas mengenai kes tukang gunting rambut yang positif di Setapak, beliau belum mendapat laporan terkini mengenai kes tersebut. Tambahnya, jika kes itu benar, premis kedai gunting itu akan ditutup. Penutupan tersebut akan berlaku juga kepada kilang, tapak pembinaan dan sebagainya sekiranya terdapat kes positif yang wujud. Selain itu, saringan juga akan dilakukan. Menurut beliau, pada masa ini kesemua data yang diperoleh akan digunakan untuk mengesan pengunjung yang mengunjungi premis berkenaan.
Sumber: Buletin TV3
Sumber: KKM
Leave a Reply