
Hanya setelah dua hari kedai gunting rambut dan pendandan rambut dibenarkan beroperasi di bawah SOP yang ketat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) , seorang tukang gunting rambut telah disyaki positif COV-19.
Kes itu yang berlaku di KL Trader’s Square di Setapak disedari Badan Pengurusan Bersama (JMB) KL Trader’s Square setelah dimaklumkan oleh pihak pengawal keselamatan setelah menyedari kehadiran sebuah ambulans di premis bangunan itu.
Kronologi kejadian ini dikongsi oleh Iqbal Ikhwandy di laman Facebook dan memaklumkan tind4kan yang telah diambil oleh JMB KL Trader’s Square
Kes Kedai Gunting KLTS
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Selamat Petang kepada warga KL Traders Square (KLTS) yang dikasihi sekalian.
Pada 11 Jun 2020 lebih kurang jam 11.25 pagi, pihak JMB telah dimaklumkan oleh pihak pengawal keselamatan mengenai kehadiran sebuah ambulans di Block B mengambil seorang penduduk Block B KLTS yang disyaki positif COVID-19.
Susulan daripada itu, pihak JMB telah mengambil tindakan-tindakan berikut:
1) Telah mengenalpasti identiti dan nombor unit penduduk tersebut. Pesakit merupakan seorang warga asing tinggal di Tingkat 22 Blok B.
2) Telah menghubungi hospital swasta yang membuat ujian COVID-19 kepada pesakit tersebut semalam. Hospital tersebut telah mengesahkan keputusan ujian adalah POSITIF dan kemudian memaklumkan kepada PKD Titiwangsa yang telah menghantar ambulans untuk mengambil pesakit tersebut untuk dibuat swab kedua di hospital kerajaan pula.
3) Telah mendapatkan buku log rekod pelanggan kedai gunting rambut tersebut yang telah mulai dibuka sejak semalam, 10 Jun 2020.
4) Telah menghubungi PKD Titiwangsa dan memanjangkan maklumat buku log tersebut bagi membantu PKD membuat ‘contact tracing’. PKD Titiwangsa telah mengarahakan agar pihak MO membuat disinfection di semua lift Block B. PKD Titiwangsa juga telah memaklumkan semua rakan serumah pesakit tersebut telah dibuat ujian COVID-19 dan sedang menunggu keputusan.
5) Telah menghubungi penyewa berdaftar kedai gunting rambut tersebut yang merupakan seorang rakyat Malaysia tinggal di Blok A KLTS yang dimaklumkan sebagai ‘kontak rapat’. Difahamkan, ‘kontak rapat’ ini juga telah diarahkan untuk membuat ujian COVID-19.
6) Telah menghubungi pesakit Covid19 tersebut untuk bertanyakan pergerakan sepanjang tempoh 2-3 hari. Pesakit memaklumkan tidak pergi ke lokasi lain selain daripada laluan rumah dan kedai gunting rambut.
7) Telah mengarahkan MO untuk membuat pengumuman rasmi dan buat disinfection kepada semua lobi dan lif di semua blok terutamanya Blok B.
Adalah dinasihatkan agar semua penduduk KLTS mematuhi semua SOP dan kerap basuh tangan serta sentiasa memakai topeng muka. Kurang pergerakan yang tidak perlu dan kurang penting sementara menunggu pengumuman lanjut.
Sekian, harap maklum. Terima kasih.
Iqbal. Timbalan Pengerusi JMB KLTS
*Setakat status ini ditulis, kami masih belum mengetahui keputusan swab kedua.
**Lobi dan lif di semua blok sudah disanitasi
Perkongsian beliau telah mendapat 421 jumlah share. Ramai yang mengatakan maklumat ini tidak rasmi. Kita tunggu penjelasan dari pihak KKM sendiri nanti.
Artikel By: TehOAisLimau
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply