Selalu kita dengar perhubungan antara pasangan suami isteri bercerai disebabkan duit. Kita juga pernah dengar bahawa wang bukan pengukur kebahagian tetapi ramai juga yang tidak setuju kerana sekiranya tiada wang bagaimana nak bahagia sebab bermacam macam masalah akan timbul.
Perkara ini memang terjadi di dalam masyarakat kita dan bukan sahaja di kalangan kita tetapi terjadi di seluruh dunia.
“Orang Cakap Saya Cari Lelaki Yang Berduit, Sudah Tentulah!”
Baru-baru ini heboh di media sosial berkenaan kisah percintaan Atikah Suhaime bersama seorang ahli perniagaan berstatus Datuk.
Berdepan episod duka putus tunang tahun lalu, namun Atikah Suhaime sudah pun bertemu kebahagiaan apabila kini sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.
Bagaimanapun, perkongsian Atikah di laman Twitternya menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsikan pengalamannya pernah bercinta dengan lelaki yang hanya mahu menumpang kesenangannya.
Menerusi luahannya itu, Atikah berkata bekas kekasihnya dahulu pernah meminjam laptop MacBook miliknya namun memulangkannya dalam keadaan yang tidak baik.
Lebih mengejutkan, Atikah mendedahkan lelaki berkenaan turut mengambil duitnya tetapi tidak membayar semula. Bahkan bekas teman wanita yang lain turut pernah menjadi mangsa lelaki berkenaan.

Berdepan pengalaman buruk itu, Atikah turut menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana lebih baik kekal solo daripada mempunyai teman lelaki yang tiada usaha untuk mencari duit sendiri.
Malah, Atikah mengakui dia mencari lelaki yang berduit selepas melalui pengalaman buruk bersama lelaki ‘biawak hidup’.
Atikah turut meluahkan rasa sedih apabila mengenang semula perkara itu yang bekerja seperti gila tetapi akaun bank kosong sehingga tidak dapat memberi wang kepada ibu bapanya kerana mahu menampung bekas kekasihnya.
Lagi geram apabila bekas kekasihnya itu mengatakan bahawa Atikah sepatutnya rasa terhutang budi dengan kebaikannya.
Apa pun diharap Atikah lebih bahagia dengan kehidupannya kini dan semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya bersama kekasih.
Kredit: Rotikaya
Leave a Reply