
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa perkhidmatan penghantaran makanan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 malam.
Waktu Operasi Penghantaran Makanan
Kita dah berubah-ubah daripada PKP pukul 8 sahaja, PKPB pukul 10.
“Semalam saya dah umumkan untuk yang berkaitan dengan makanan, kedai runcit dan sebagainya jadi kita tambahkan masa sehingga pukul 12,” katanya.
Jadi untuk food delivery kita tambah juga masa kerana berkaitan dengan makanan, kita tambah sehingga pukul 12,” tambahnya.
PDRM tarik balik semua sekatan jalan raya
Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini menarik balik semua sekatan jalan raya kecuali di kawasan yang digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).
Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya Ops Benteng akan diteruskan terutama membabitkan lorong tikus di kawasan pantai.
“Hari ini, hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), PDRM akan menarik balik semua sekatan jalan raya.
“Cuma Ops Benteng untuk sekatan jalan raya akan diteruskan tetapi tidak lagi bagi rentas negeri,” katanya pada sidang media harian, hari ini.
Ismail Sabri berkata, PDRM turut melaporkan aliran trafik di lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara sejak semalam dan hari ini masih lancar.
“Bagaimanapun, PDRM menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah pada hari Jumaat hingga ahad iaitu 12 hingga 14 Jun ini.
“PDRM percaya orang ramai akan mengambil peluang balik ke kampung untuk berjumpa keluarga sempena bulan Syawal,” katanya.
Sumber : Siakap Keli / BHARIAN ONLINE
Leave a Reply