Ketika Sidang Media Hari Pertama PKPP, Tiba Tiba DG Noor Hisham Kelihatan Sedih Dan Sebak. Rupanya Dia Bakal Kehilangan Seseorang Yang Penting

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebak semasa mengumumkan persaraan salah seorang panglima perang Cov19, Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib.

Menyifatkan timbalannya itu sebagai antara orang yang penting ketika berdepan wabak berkenaan, Dr Noor Hisham kelihatan sebak ketika menutup sesi sidang media harian, hari ini.

“Hari ini adalah hari terakhir salah seorang panglima perang saya iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib pada 10 Jun 2020 selepas berkhidmat selama 35 tahun 10 hari.

“Beliau bersama pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengharungi dan memerangi wabak Cov-19.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat Malaysia,” katanya.

KENYATAAN PENUH DG HISHAM

DR Noor Hisham bersama Dr Rohaizat pada sidang media harian berkaitan Covid-19. FOTO Bernama

Dengan berat hati ingin saya memaklumkan bahawa pada hari ini adalah kali terakhir salah seorang panglima perang saya, Datuk Dr Hj Rohaizat bin Hj Yon, berdiri di sebelah saya di sidang media harian COV-19 Kementerian Kesihatan. Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) saya sejak 25 Mac 2019.

Setelah 35 tahun menabur bakti kepada negara, hari ini iaitu 10 Jun 2020 merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai seorang pejawat awam. Pada pengakhiran perkhidmatannya, sudah menjadi rezeki beliau (barangkali), untuk bersama-sama dengan saya dan barisan panglima-panglima KKM untuk mengharungi wabak COV19 ini.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Rohaizat kerana telah memberikan komitmen yang begitu tinggi sepanjang perkhidmatan beliau kepada rakyat dan Negara. Kalau nak bercerita mengenai kejayaan-kejayaan dan sumbangan beliau, memanglah banyak dan tidak dapatlah saya hendak sebutkan satu persatu.

‘Saya hilang panglima perang’ – Dr Noor Hisham

Hebat Nakhoda berlayar selamat, 

Tibanya malam berlabuh bahtera,

Bertahun lama menabur khidmat,

Bersama KKM membantu Negara.

.

Keris pusaka penuh azimat,

Masihlah terjaga tinggalan desa,

Selamat Bersara Dr Rohaizat,

Baktimu mulia dikenang sentiasa.

Sumber : HMETRO / Facebook Noor Hisham Abdullah

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*