Makin Ramai R0HlNGYA Sampai Ke Malaysia. Nak Hantar Balik Bangladesh Tidak Diterima, Menteri Bangladesh Beritahu Kenapa Mereka Tak Nak Terima

Bangladesh menolak untuk menerima 269 pelarian Ro-hingya yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia semasa mereka sedang menyelamatkan diri dalam insiden bot rosak di Langkawi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri Bangladesh, AK Abdul Momen kepada Agensi Berita Anadolu, beliau bertegas bahawa tidak menjadi kewajipan kepada negara itu untuk membawa pulang kesemua pelarian tersebut.

Myanmar tidak bersungguh terima kembali Rohingya | ASEAN | Berita ...

Menteri Luar Negeri Bangladesh, AK Abdul Momen

”Bangladesh tidak akan mengambilnya. Bangladesh tidak berkewajiban atau dalam posisi untuk mengambil Ro-hingya lagi,” kata beliau.

Isnin lalu, kerajaan telah menahan 269 pelarian Ro-hingya dan menemui mayat di atas kapal yang rosak di luar pulau peranginan Langkawi.

Kemudian pada Selasa, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, memberitahu media bahawa Kementerian Luar Negeri akan meminta Dhaka untuk mengambil kembali pelarian mereka sekiranya mereka didapati melarikan diri dari kem di Daerah Tenggara Bangladesh, Cox’s Bazar di mana menempatkan lebih dari satu juta pelarian Ro-hingya.

Sebagai jawapan kepada isu tersebut, Momen menyatakan pendirian Bangladesh untuk tidak menerima permintaan daripada Malaysia.

Over 260 held, one dead body found after boat carrying Rohingya ...

”Ro-hingya bukan warganegara Bangladesh. Mereka adalah penduduk Myanmar selama berabad-abad,” tambahnya.

Beliau juga meminta negara-negara lain untuk berkongsi beban berkenaan penempatan pelarian Roh-ingya dan bukan hanya memberi tekanan kepada Bangladesh.

”Negara-negara lain dipersilakan untuk membawa mereka. Daripada meminta kami memberi perlindungan kepada mereka, kami mengalu-alukan kepimpinan dan organisasi global untuk memindahkan 1.1 juta Rohing-ya yang dianiaya dan kini terlindung sementara di Bangladesh,” kata Momen.

Sumber: Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sebarang salin semula tanpa kebenaran tidak dibenarkan

Be the first to comment on "Makin Ramai R0HlNGYA Sampai Ke Malaysia. Nak Hantar Balik Bangladesh Tidak Diterima, Menteri Bangladesh Beritahu Kenapa Mereka Tak Nak Terima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*