85 Hari Bertugas Tanpa Henti Akhirnya Berakhir. Anak Anggota Polis Ini Hubungi Dia Dan Ini Yang Anak Dia Minta

“ALHAMDULILLAH lega. Segala tugasan Op Covid berakhir, dapatlah saya menyambut hari lahir anak bongsu yang ke-11 Jumaat ini,” kata Sarjan Azahar Ayub, 54.

Azahar adalah Penolong Pegawai Penyiasat di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, antara 300 petugas Op Covid di Alor Setar yang mengakhiri tugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) malam tadi.

Dia terbabit memantau dua sekatan jalan raya (SJR) yang dibuka sejak 18 Mac lalu.

AZAHAR menunjukkan kek yang diberi jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebagai tanda terima kasih pada hari terakhir SJR Op Covid di Plaza Tol Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli.

 

Katanya, anaknya, Mohd Aniq Hanafi Azahar, 11, tidak henti menghubunginya sebaik mengetahui malam tadi adalah malam terakhir Op Covid selepas 85 hari bertugas tanpa henti.

“Dia sekadar mengingatkan saya supaya membeli hadiah hari lahir buatnya kerana dua abang dah beli. Dia bimbang jika saya bertugas lagi pada sambutan hari lahirnya.

“Saya beritahu tugas (Op Covid) selesai malam ini (tadi). Itu yang dia gembira sangat. Apabila dia gembira, hati saya pun tenang dan seronok,” katanya ketika ditemui di SJR Plaza Tol Alor Setar Utara, malam tadi.

Azahar juga menyimpan kenangan bertugas Op Covid termasuk diraikan dengan kek ketika hari lahirnya pada 28 Mei lalu di SJR Plaza Tol Alor Setar Selatan pada 28 Mei lalu.

“Saya berterima kasih kepada rakan polis dan tentera yang sanggup meraikan hari lahir saya ketika itu. Banyak kerenah orang awam yang kami hadapi bersama,” katanya yang menyifatkan Op Covid paling mencabar dan banyak kenangan sepanjang 34 tahun berkhidmat.

Sebagai meraikan Op Covid terakhir itu, jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) turut hadir berkongsi kek dengan tulisan ‘TQ Frontliners’.

Bagi Sarjan Syarifah Norshila Syed Mohamad, 31, daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kota Setar, Op Covid meninggalkan sayu di hati kerana kehilangan ketua yang terkorban dalam nahas jalan raya pada 19 April lalu,

Katanya, mendiang Asisten Superintendan Aldrin Gonda seorang ‘bos’ yang baik dan pemergiannya dirasainya mereka.

Sumber: HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "85 Hari Bertugas Tanpa Henti Akhirnya Berakhir. Anak Anggota Polis Ini Hubungi Dia Dan Ini Yang Anak Dia Minta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*