Orang Bagi Hadiah Kepada Uqasha Senrose Tetapi Selepas Itu Ada Sesuatu Terjadi Yang Buat Dia Terkilan

Aktres Uqasha Senrose meluahkan rasa tidak senang hati dengan sikap segelintir peniaga yang menghantar makanan kepadanya untuk dirasai.

Menurut Uqasha, dia menerima pemberian itu dengan seikhlas hati namun perasaan berubah selepas diasak untuk segera kongsikan di platform media sosial.

Mula-Mula Tu Ikhlas Terima Tapi Dah Jadi Macam Ni ..

“Hanya nak kongsi satu cerita ni sangat lawak. Saya dapat makanan daripada orang lain dan kita terima sebab nak hargai pemberian itu.

“Sebagai balasan kita akan tolong kongsi, tolong war-warkan kepada ramai orang. Kita ikhlas nak buat dan jadi lagi gembira apabila dapat kongsi rezeki tanpa disuruh.

“Tapi apabila saya lambat kongsi disebabkan ada kerja lain untuk diselesaikan, saya ditanya banyak soalan. Bila nak ‘post’, bila nak ‘tagged’ makanan itu.

“Secara peribadi saya rasa benda tu dah tak ikhlas. Apa yang awak bagi tu macam mengharapkan balasan daripada saya. Mula-mula itu ikhlas terima tapi dah jadi macam ni perasaan dah berubah,” katanya.

Sesi luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada Sabtu lalu.

Tambah pelakon drama Hero Seorang Cinderella menyatakan dia sudah menerangkan situasi sebenar namun dimarah balik.

“Bila saya dah terangkan, dia pulak yang menyalak tinggi dari saya. Dia pulak cakap saya rumit (complicated). Saya rasa tak relevan,” katanya lagi.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Orang Bagi Hadiah Kepada Uqasha Senrose Tetapi Selepas Itu Ada Sesuatu Terjadi Yang Buat Dia Terkilan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*