Apa Yang Pihak TESCO Lakukan Sepanjang PKP Patut Dipuji

KUALA LUMPUR: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd mengambil kira-kira 400 pekerja baharu untuk menampung peningkatan permintaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta sambutan Ramadan dan perayaan Hari Raya, baru-baru ini.

Selain itu, Tesco juga salah satu syarikat yang mengambil bahagian dalam Program Penyediaan Kerjaya Kementerian Wilayah Persekutuan, yang menyaksikan golongan gelandangan di Kuala Lumpur dilatih dan diambil bekerja.

Sempena pembukaan dua cawangan baharu di Tesco Teluk Intan dan Tesco Mines, syarikat itu juga menggajikan lebih 100 pekerja tempatan yang mewujudkan kesan sosio-ekonomi positif di kedua-dua kawasan terbabit.

Tesco Malaysia ambil 400 pekerja baharu semasa PKP

Cawangan baharu Tesco Teluk Intan akan mula beroperasi esok - Foto ihsan Tesco Malaysia

Tesco Teluk Intan akan mula menyambut pelanggan esok, manakala Tesco Mines pada 17 Jun ini.

Dengan penambahan dua cawangan baharu, Tesco kini akan mengendalikan 62 cawangan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie, berkata pembukaan Tesco Teluk Intan adalah sangat bermakna memandangkan sudah hampir sedekad sejak syarikat itu membuka cawangan terakhirnya yang berpangkalan di Perak, iaitu Tesco Seri Iskandar pada 2011.

“Perak terus menjadi pasaran menarik untuk Tesco. Ekonominya yang rancak dan keyakinan pengguna yang tinggi menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan peruncit.

Sejak pelancaran cawangan pertama kami di Perak melalui Tesco Ipoh pada 2005, kami bekerja keras dan menjadi peruncit pilihan pelanggan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Termasuk pembukaan Tesco Teluk Intan, Tesco kini mengendalikan lapan cawangan di Perak iaitu Tesco Ipoh, Extra Ipoh, Kampar, Manjung, Stesen 18, Taiping dan Seri Iskandar.

Sementara itu, Tesco Mines adalah terletak di kawasan berkepadatan tinggi Seri Kembangan, di mana kebanyakan penduduk menginginkan cara untuk membeli-belah barangan dapur secara cepat dan lancar untuk keperluan keluarga mereka.

Untuk memenuhi keperluan ini, Tesco Mines adalah hanya bersaiz seluas 2,000 meter persegi.

Kedua-dua cawangan baharu ini juga diaktifkan dengan aplikasi Scan & Shop serta Kaunter Pembayaran Layan Diri tanpa tunai sepenuhnya yang menerima pembayaran daripada American Express, Mastercard dan Visa di samping e-dompet AliPay, Boost, GoodKredit, GrabPay, Kiple serta TnG eWallet.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*