Kesiannya, Kes Terbaru C0VlD19 Antaranya Adalah Bayi Kecil. Bagaimana Bayi Ini Boleh Dijangkiti

Gambar bayi diatas hanya sekadar hiasan

Bayi berusia lapan bulan ialah antara tujuh kes baharu COV-19 dilaporkan, hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, bayi terbabit disahkan positif wabak itu selepas menjalani saringan untuk prapembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) di Likas, Sabah.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kementerian Kesihatan sedang membuat siasatan lanjut berhubung punca jangkitan COV-19 terhadap bayi berkenaan.

“Siasatan termasuk melakukan ujian saringan terhadap ahli keluarga serta bagaimana jangkitan boleh berlaku, dan perkara itu masih dalam proses,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, satu lagi kes baharu yang direkodkan di Kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, membabitkan seorang pegawai imigresen bantuan.

Beliau berkata, kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia yang tidak mengalami gejala itu dipercayai terdedah kepada pesakit, dan kini sedang menerima rawatan serta diasingkan.

7 kes baharu dilaporkan, terendah sejak 18 Mac

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Kes baharu COVI19 di Malaysia mencapai satu angka, hari ini, membabitkan tujuh jangkitan yang juga bilangan terendah sejak 18 Mac lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes positif wabak berkenaan kini mencecah 8,329.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COV19 pula ialah 1,518.

“Daripada tujuh kes baharu dilaporkan, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala lima lagi penularan di dalam negara membabitkan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian COV-19, di sini, hari ini.

Memperincikan lanjut mengenai lima kes baharu penularan di dalam negara, Dr Noor Hisham berkata, dua membabitkan kontak rapat kepada kes positif di Sepang, dan masing-masing satu daripada Kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, saringan prapembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) serta saringan komuniti di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 20 kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah, hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COV19 dan sudah dibenarkan pulang ialah 6,694 atau 80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian, hari ini, dengan jumlahnya kekal 117 atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Kesiannya, Kes Terbaru C0VlD19 Antaranya Adalah Bayi Kecil. Bagaimana Bayi Ini Boleh Dijangkiti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*