Dua Beradik Dari Sabah Positif C0VlD19. Pengarah Kesihatan Negeri Beritahu Bagaimana Mereka Boleh Dijangklti

DUA kes baharu positif Cov19 di daerah Tuaran, Sabah yang dilaporkan semalam adalah adik-beradik yang tinggal serumah.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata dua kes berkenaan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.

MUNKIN PUNCA DARI AKTIVITI LUAR KETIKA PKP LONGGAR

“Mereka mempunyai kontak rapat dengan kes positif sebelum ini. Siasatan awal menunjukkan kemungkinan jangkitan tersebut berlaku disebabkan aktiviti luar berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan supaya kita dapat mengenalpasti punca sebenar jangkitan bagi kes ini,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Christina menyatakan kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, aktiviti kawalan dan pencegahan turut dipertingkatkan di lokasi kediaman pesakit berkenaan termasuklah lokasi lain yang dikenalpasti.

Terdahulu Sabah merekodkan sebanyak 353 kes semalam dengan pertambahan dua kes baharu.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Dua Beradik Dari Sabah Positif C0VlD19. Pengarah Kesihatan Negeri Beritahu Bagaimana Mereka Boleh Dijangklti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*