Ainul Mardihah Sudah Boleh Berdiri Dan Keluarkan Suara. Ini ‘Ayat’ Pertama Yang Keluar Dari Mulut Ainul Mardihah

MELAKA: Selepas setahun Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulutnya, dikenali sebagai `Germ Cell Tumor’ di London, United Kingdom (UK), kesihatan si comel itu sangat memberangsangkan.

Jika bulan lalu bayi berusia 21 bulan itu sudah mula peka dan bertindak balas dengan keadaan sekeliling, tetapi kini dia sudah mula menunjukkan perkembangan terbaharu iaitu berdiri dan mengeluarkan suara.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 25, mengakui puteri sulung kesayangannya itu sudah mampu berdiri untuk tempoh yang agak lama.

Beliau juga sentiasa perlu mengawasinya bagi mengelakkan Ainul jatuh, selain mampu duduk tegak biar pun terpaksa membantunya memandangkan anaknya itu masih belum tahu duduk sendiri.

AYAT YANG KELUAR DARI MULUT AINUL

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. - Foto Amir Mamat

Katanya, Ainul juga sudah pandai menggunakan lidah untuk menyebut `lalala‘.

“Melihat keadaan Ainul yang semakin lasak dan pandai bermain sendiri, saya dan isteri perlu memberikan perhatian ketika memberi susu yang menggunakan mesin disebabkan pernah berlaku insiden, mesin terbabit terbalik kerana ditarik Ainul dan terkena sedikit di bahagian kepalanya.

“Sejak itu, apabila Ainul menyusu, kami akan berikan fokus sekurang-kurangnya sejam dan tidak boleh biarkan dia bermain ketika itu kerana bimbang insiden itu berulang,” katanya.

Beliau ditemui selepas dikunjungi Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, di kediamannya di Taman Desa Molek, di sini hari ini.

Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, UK, pada 10 Jun tahun lalu.

Nurul Erwani Zaidi bersama Ainul Mardhiah. - Foto Amir Mamat

Bayi itu pernah menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di hospital terbabit sebelum pembedahan berkenaan.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Ahmad Safiuddin, berkata walaupun hari raya disambut ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun beliau sekeluarga pasti tidak boleh melupakannya apabila dapat meraikannya ketika kesihatan Ainul semakin positif.

“Alhamdulillah, berkat doa semua dapat juga kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama Ainul dan berharap Allah sentiasa memberkati kehidupan kami sekeluarga dan dipanjangkan usia Ainul, selain berharap kesihatannya bertambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*