Ismail Sabri Dedahkan Perdana Menteri Akan Umumkan Sesuatu Hari Ahad Esok

Semalam semasa siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai rakyat yang menunggu jawapan samada PKPB akan disambung selepas 9hb June 2020 atau pun tidak.

Tetapi di dalam ucapan perutusan khas Perdana Menteri tiada menyebut apa apa tentang PKPB disambung atau tidak.

Rata rata rakyat membuat spekulasi bahawa PKPB memang akan disambung semula.

Perdana Menteri akan umumkan sesuatu esok

Seperti biasa sidang media tentang keadaan terkini PKPB disampaikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Segala info tentang apa yang berlaku akan disampaikan oleh beliau.

Seperti biasa juga, beliau akan membuka ruang soalan untuk wartawan bertanyakan soalan kepada beliau.

Wartawan bertanyakan soalan tentang hal orang bujang untuk pergerakkan merentas negeri kerana untuk yang berkahwin sudah boleh merentas negeri.

Ketika Menteri Ismail Sabri menjawab soalan wartawan tersebut dia menyebut “Tunggu lah. Esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, banyak perkara yang akan disebut.

“Kalau saya tak sebut (mengenai pergerakan orang bujang) saya akan sebut, untuk orang bujang bersabar hingga esok,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau memberitahu bahawa dia tidak mahu umumkan dahulu tetapi sekiranya YAB Perdana Menteri tidak buat sebarang pengumuman, dia sendiri akan dedahkan apa yang sepatutnya.

Disaat artikel ini ditulis, kami melihat di laman Facebook rasmin Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada apa apa posting terbaru mengenai esok (Ahad).

Kita tunggu sahaja apa akan terjadi esok.

Video Sidang Media

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).#BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Harian Metro on Friday, 5 June 2020

Artikel By: TehOAisLimau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Ismail Sabri Dedahkan Perdana Menteri Akan Umumkan Sesuatu Hari Ahad Esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*