Lagi Sekali Nama ‘Sugu Pavithra’ Disebut Dalam Ucapan Perdana Menteri. Ini Yang PM Harapkan Dari Mereka

PERDANA Menteri meletakkan harapan agar semua pihak termasuk sektor swasta dan orang ramai memainkan peranan sebaik-baiknya dalam memanfaatkan 40 inisiatif yang diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

“Saya yakin segala usaha memulih dan merangsang ekonomi yang saya umumkan pada hari ini akan meningkatkan semula

keyakinan pelabur, peniaga dan rakyat seluruhnya untuk bersama-sama menjana ekonomi negara.

“Saya juga ingin memaklumkan sekali lagi, semua Pakej Rangsangan Ekonomi, termasuk langkah-langkah di bawah Penjana akan terus dipantau pelaksanaannya.

Youtuber Masakan, S.Pavithra,28,(kanan) bersama suaminya M.Sugu,29 ceria ketika merakamkan video masakan menu Nasi Beriani untuk dimuat naik di saluran masakannya. FOTO BERNAMA

“Pasukan Laksana yang ditubuhkan di Kementerian Kewangan akan mempertingkat pemantauan terhadap semua inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Barisan Jemaah Menteri juga akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik buat anda semua,” katanya pada Perutusan Khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.

Beliau berkata, usaha berkenaan juga diharap memberi manfaat kepada rakyat seperti pasangan Sugu dan Pavithra yang tular di media sosial bulan lalu.

“Mudah-mudahan mereka dapat meningkatkan kemahiran dan membuka kedai makan pada satu hari nanti.

“Bolehlah kita merasa ayam varuval mereka,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*