Linda Rafar Diminta Bayar Hampir Setengah Juta Ringgit Jika Mahu Semua Hak Dia Dikembalikan

Pelakon Linda Rafar kehilangan akaun Instagram miliknya yang mempunyai hampir satu juta pengikut selepas digodam.

Lebih menyedihkan, kata Linda, penggodam tersebut juga dikatakan berjaya mendapat akses masuk ke akaun peribadi miliknya lain.

BUKAN AKAUN INSTAGRAM SAHAJA YANG KENA ‘HACK’

“Bukan sahaja Instagram, akaun email dan Paypal saya juga digodam. Saya tak berhenti menangis dari semalam.

“Saya menggunakan kata laluan yang sama dengan Instagram untuk akaun tersebut. Hari ini saya baru nak buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Linda lagi, dia juga sudah mengambil tindakan dengan menukar semua kata laluan akaun lain yang dimiliki bagi tujuan keselamatan.

Begitupun, menurut Linda, penggodam tersebut ada menghubunginya meminta sejumlah bayaran sekiranya mahu dikembalikan.

SCAMMER DARI TURKI

“Dia minta saya bayar AS$100,000 (RM426,750). Individu tersebut dipercayai dari Turki, tetapi bila cakap nak bayar, dia guna nombor telefon Malaysia Whatsapp dan ada group scammer dalam tu,” katanya.

Semalam, Linda mendedahkan akaun Instagram miliknya digodam.

Ekoran insiden itu, Linda kini membuka satu akaun Instagram baharu menggunakan nama @lindarafarr.

View this post on Instagram

Dugaan apa la ni?? 😭😭😭😭😭 banyak kenangan video n pict arwah memen n arwah my mum.. pls help me🀲🏻 im crying now.. followers linda bukan berjuta tp banyak sgt kenangan dlm ig lama.. scammer hacked ig,fb,email n acc paypal .. hanya allah yg tau perasaan linda skrg😭😒😀 #lindarafarr #lindarafarrisback #lindarafarratwork #lindarafarrsharing #satulagibylrr #prayformemen #prayforciknon #memenahlisyurga IG Live with @wanazmirwanmajid @meloditv3 @rtm_malaysia @tvalhijrah114 @astrogempak @501awani tomorrow morning at 10.30am BST πŸ™ŒπŸΎπŸ™ŒπŸΎπŸ™ŒπŸΎ β€’ β€’ β€’ #WARM #lindarafar #lindarafar #BoikotScammer #mothersday #boikot #IGLive #LiveBeats #mediasosial #lindarafarr #lrhijab #lrhijabbylrr #lindarafarrisback #lindarafarhijab #lrhijabbylindarafar #lrhijabbylr #lrhijab #socialmedia #viral #influencer #singger #actor #lindarafarratwork #lindarafarrsharing #press #media #tvstation πŸ—£πŸ—£πŸ—£πŸ—£πŸ—£ @mstaronlineofficial @hmetromy @myhmrap @rotikaya @kosmo_online @utusanonline @beritaharian @beritaalhijrah @bernamaradioofficial @beritartm #news πŸŽ₯

A post shared by Linda Rafar (@lindarafarr) on

Dalam pada itu, sejak semalam beberapa artis juga menerima mesej di Instagram yang disertai pautan khas dipercayai cubaan pihak luar menggodam.

Saksikan program yang menampilkan Linda Rafar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV19!

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Linda Rafar Diminta Bayar Hampir Setengah Juta Ringgit Jika Mahu Semua Hak Dia Dikembalikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*