Isteri Tomok Ceritakan Pengalaman Bersalin Ketika Dalam C0VlD19. Memang Berbeza Dari Biasa

Isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongsi pengalaman bersalin anak ketiganya.

Rahayu atau lebih mesra dengan panggilan Ayu menceritakan detik istimewa itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Ayu, pengalaman kali ini agak berbeza kerana bayi kesayangannya itu dilahirkan ketika negara dilanda wab4k pand3mik COV19.

“Nak Bangun Subuh Tengok Ada Pendarahan…” - Bersalin Anak Ketiga, Ini Yang Dilalui Isteri Tomok

“After 40 weeks, Rabu malam mula rasa mild contraction. Dibu tak boleh tidur. Kontraksi itu berlaku secara terus sehinggalah Subuh hari Khamis.

“Dibu berkira-kira nak ke hospital, bukan apa dibu kesian dekat dua lagi anak lelaki kecil dibu yang masih tidur.

“Nak bangun subuh dibu tengok ada pendarahan. Mungkin dah tanda kot dengan kontraksi yang berterusan saya berjalan relax-relax. Siap-siapkan diri, bag semua dah sedia dalam kereta kemudian kejutkan suami.

“Sampai hospital bila buat pemeriksaan, dibu dah ada bukaan 3cm dan kontraksi masih lagi berterusan. Saya juga ada buat ujian COVID-19, lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang puteri berat lebih kurang 2.98kg pada 04.06.2020.

“Dan sudah semestinya kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan Prosidur Operasi Standart (SOP) yang harus di ikuti.

“Hanya bersama dengan baby saya sekejap sahaja, dibu kena isolate dengan baby sehingga keputusan COV19 keluar,” kongsinya.

View this post on Instagram

Journey of my baby girl….👶🏻👸🏻 Alhamdulillah…syukur ke hadrat Allah…rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan….mmg agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too)…tapi harap ibu-ibu diluar sana jangan putus asa…teruskan berusaha and berdoa… . . Finding i’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun…gembira, risau and mcm2 perasaan coz it’s a risk of baby & mother health too..but keep going doa and think positif and also jaga diri… . . After 40 weeks, rabu malam start mild contraction…dibu tak boleh tido over night…the contraction keep going and continuing untill subuh hari khamis…dibu berkira2 nak ke hospital…bukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleep…nak bangun subuh dibu tengok ada bleeding…ooo…maybe dah tanda kot..dgn contraction yg berterusan i keep jalan rilek2…siap2kan diri..bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby…. . . Sampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cm…and the contraction keep continuing…i did COVID-19 test too…lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020….and of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti….just handling my baby for a while…dibu kene isolate dgn baby sehingga result COVID-19 keluar…. . . Terima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver…. . . Thank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senang….we manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything together….i love u so much … ayu sayang shah😘❤️ . . To Arrian & Andra wait for dibu k…will bring your little princess sister going back home soon 😘😘😘😘

A post shared by @ ayu_abas on

Terdahulu, Ayu selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada jam 1 tengah hari Khamis.

Untuk rekod, Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Isteri Tomok Ceritakan Pengalaman Bersalin Ketika Dalam C0VlD19. Memang Berbeza Dari Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*