Selepas 14 Hari Dikuarantinkan, Ini Perkara Pertama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Lakukan

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali memasuki pejabat di Putrajaya, hari ini selesai menjalani kuarantin selama 14 hari sejak 22 Mei lalu.

Beliau memulakan tugas hari ini dengan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah bagi sesi pra-kabinet menerusi persidangan video.

Perdana Menteri kemudiannya mempengerusikan mesyuarat kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah menteri.

Ia diadakan secara persidangan video yang mana menteri kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Langkah yang julung kali diadakan ini adalah bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa.

Perdana Menteri menjalani perintah kuarantin bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif Covid-19.

Sepanjang tempoh itu, beliau menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah.

Selasa lalu, Muhyiddin sekali lagi menjalani ujian saringan Cov19 dan disahkan negatif.

Kenyataan Rasmi Perdana Menteri

YAB Perdana Menteri hari ini kembali memasuki pejabat setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari.

YAB Perdana Menteri menjalani perintah kuarantin bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COV19.

Sepanjang tempoh tersebut, YAB Perdana Menteri telah menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah.

Pada Selasa, 2 Jun 2020 YAB Perdana Menteri sekali lagi telah menjalani ujian saringan COV19 dan disahkan negatif.

YAB Perdana Menteri memulakan tugasan hari ini dengan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.

YAB Perdana Menteri kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah Menteri.

Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra.

Langkah yang julung kali diadakan ini adalah bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Selepas 14 Hari Dikuarantinkan, Ini Perkara Pertama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Lakukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*