Perdana Menteri Akan Buat Satu Pengumuman Khas. Adakah PKPB Akan Disambung Atau Tidak

Sebelum ini kerajaan belum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir Selasa depan, akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan perbincangan mengenai perkara itu belum dilakukan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - FOTO BERNAMA

“Seperti biasa, setiap kali sambung (PKPB), kita akan membuat pengumuman. Setakat hari ini, kita belum tahu lagi kerana belum ada perbincangan sama ada hendak sambung atau tidak.

“Selepas keputusan dibuat, kita akan umumkan. Sambung (PKPB) pun kita umum, tidak sambung pun kita umum.

“Justeru, tunggulah pengumuman itu dibuat nanti,” katanya pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Di dalam laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah buat pengumuman bahawa esok (Jumaat) beliau akan tampil untuk memberi satu perutusan khas.

Seperti kebiasaan sebelum sebelum ini, Perdana Menteri akan muncul secara siaran langsung untuk merumuskan apa yang terjadi pada PKP/PKPB yang telah dijalankan.

Perdana Menteri akan bentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka PendekĀ 

Persoalan bagi semua rakyat, adakah PKPB akan disambung? Rasanya esok kita akan dapat jawapan. Jadi kita bersedia sahaja. Apa pun keputusan kerajaan, rakyat pasti akan sokong.

Semoga dipermudahkan.

Artikel By: TehOAisLimau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Perdana Menteri Akan Buat Satu Pengumuman Khas. Adakah PKPB Akan Disambung Atau Tidak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*