Makcik Ini Buat Sujud Syukur Atas Jalan Raya Depan Menteri Wilayah Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Penantian Minah Awang selama 35 tahun untuk berniaga secara sah berakhir apabila menerima lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan untuk menyerahkan sendiri Lesen Penjaja Beredar itu kepada Minah yang turut dikenali sebagai Che Nah di lokasi dia berniaga di Bukit Damansara di sini.

Terkejut dengan perkhabaran gembira itu, Che Nah sujud syukur selepas penantian 35 tahun menjadi kenyataan.

“Sejak 35 tahun lalu, saya sering turun naik ke pejabat DBKL untuk memohon lesen penjaja.

“Malah sudah lima orang Datuk Bandar silih berganti, namun alasan yang dinyatakan adalah permohonan lesen tersebut dibekukan,” katanya sebagai memetik laporan portal berita, Wilayahku.

Menjual pelbagai variasi makanan asli Pantai Timur seperti nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak dan aneka kuih-muih, Che Nah menyifatkan pemberian lesen perniagaan itu sebagai hadiah yang berharga.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar kerana mempermudahkan urusan permohonan lesen ini,” katanya.

Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan untuk menyerahkan sendiri Lesen Penjaja Beredar itu kepada Minah yang turut dikenali sebagai Che Nah di lokasi dia berniaga di Bukit Damansara di sini. - Foto Wilayahku

Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan untuk menyerahkan sendiri Lesen Penjaja Beredar itu kepada Minah yang turut dikenali sebagai Che Nah di lokasi dia berniaga di Bukit Damansara di sini. – Foto Wilayahku

Sementara itu, Annuar berkata pihaknya menerusi DBKL akan mempermudahkan proses permohonan penjaja bergerak termasuk perniagaan yang diusahakan golongan belia.

“Kita mulakan dengan cara yang baharu. Dalam masa sedikit lagi, saya nak jumpa belia, orang muda muda termasuk Cina dan India.

“Seperti di Little India di Brickfields, kita benarkan buka kiosk di laluan jalan kaki tapi susun elok-elok.

“Saya nak orang muda yang sanggup meniaga, ambil contoh Che Nah, yang sanggup bawa kereta sendiri, masak, menjual. Kenapa tidak orang lain ambil cabaran ini. Jadikan Kuala Lumpur sebagai tempat ambil rezeki,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment on "Makcik Ini Buat Sujud Syukur Atas Jalan Raya Depan Menteri Wilayah Annuar Musa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*