Ciuman Terakhir Daripada Isteri Dan Anak Anak. Isteri Minta Ikut Sekali Ke Kvbur, Ini Jawapan Yang Diterima

Siapa yang tidak merasa sedih bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita buat selamanya. Ibu, ayah atau anak anak malahan jika kita rapat dengan seseorang itu pun sudah pasti kita akan rasai kehilangannya.

Tetapi ajal,maut dan rezeki adalah antara perkara yang hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Kisah ini dipetik dari facebook Mr Wan Cai Official tentang keluarga yang baru kehilangan seorang ayah dan seorang suami.

Bayangkan bagaimana anak anak terputus kasih seorang bapa saat mereka masih kecil?

Si isteri pula terputus kasih seorang suami. Selepas ini si isteri perlu memikul 2 tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bapa kepada 4 anak anaknya..

Malam tadi saya sempat kongsikan ilmu kepada si isteri tentang iddah. Si isteri ingin mengiringi jena-zah suaminya hingga ke tanah perkuburan. Saya menasihati agar si isteri tidak mengikut kami ke tanah perkuburan..

Cukup sekadar lihat jena-zah suaminya dibilik wakaf untuk kali terakhir. Sempat saya beri pencerahan berkaitan iddah si isteri sudah bermula apabila suaminya meninggal dunia..

Akhirnya si isteri akur!

Ramai yang tidak tahu tentang hukum iddah ini. Iddah adalah hukum allah dan bukannya hukum manusia. Isteri dilarang keluar dari rumah selama 4 bulan 10 hari selepas kematian suami..

Kecuali darurat. Darurat itu pula tidak boleh disengajakan. Sewaktu jena-zah suami hendak dikebumikan. Si isteri juga tidak boleh pergi ke kubur untuk melihat dari jauh sekalipun.

Apatah lagi duduk didalam kereta dan memerhati dari jauh. Tetap tidak boleh!

Bagi yang tidak tahu tentang iddah ini pasti akan berkata belakang apabila melihat si isteri tidak mengiringi jena-zah suaminya ke tanah perkuburan. Mungkin situasi yang mereka lihat itu pelik..

Tetapi tidak pelik untuk yang tahu tentang hukum allah. Jangan sesekali menidakkan hukum allah. Berbalik kepada jena-zah yang kami uruskan tadi.

Arwah meninggal dunia kerana kegagalan organ dalaman berfungsi. Berusia 47 tahun. Jena-zah ar-wah Hafizi Bin Abu Hassan selamat dikebumikan ditanah perkvbvran islam selat klang. Salam tak-ziah buat isteri dan anak anak arwah.

Al-fatihah (dibaca)

Sumber : Mr Wan Cai Official

Kredit: Awatttsyeikhh Network

Be the first to comment on "Ciuman Terakhir Daripada Isteri Dan Anak Anak. Isteri Minta Ikut Sekali Ke Kvbur, Ini Jawapan Yang Diterima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*