Akhirnya Nabila Razali Tampil Jelaskan Kenapa Suara Dia Jadi ‘Terkepit’ Pada Malam Itu

Pelakon Nabila Razali menyifatkan pengalamannya ‘terkucil’ ketika membuat persembahan secara langsung dalam sebuah program televisyen baru-baru ini sebagai satu insiden yang memalukan.

Begitupun, katanya, dia mengakui apa yang berlaku itu disebabkan oleh kesilapan yang datang daripada dirinya sendiri.

“Itulah yang berlaku pada saya minggu lepas. Saya buat video ini bukan untuk menegakkan benang yang basah. Seperti yang korang tengok, it was so embarassing (ia sangat memalukan). Saya kesal dengan apa yang berlaku.

“Selepas saya nilai semula video itu, saya kurang warm up, tak jaga makan sepanjang PKP, saya lama tak buat persembahan. Jujur saya cakap malam itu malam paling gementar buat saya.

“Saya tahu ramai yang meletakkan harapan yang tinggi, tapi saya gagal dalam cubaan pertama saya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.

Di sebalik insiden itu, kata Nabila, dia berasa terkilan apabila menerima kritikan yang teruk daripada netizen yang menghentam persembahannya menyanyikan lagu Peluang Kedua itu.

“Kebanyakan komen yang diterima sangat kejam..sangat kasar. Korang boleh tengok sendiri di media sosial saya.

“Sampaikan saya terfikir bagaimana mereka dibesarkan sampai sanggup guna ayat kasar sebegitu kepada orang yang mereka tak kenal.

“Kepada yang nak komen tu, komenlah dengan cara berhemah sebab komen anda menggambarkan keperibadian anda,” ujarnya.

Walau apa pun, kata Nabila insiden itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus pergi lebih jauh.

Bahkan, katanya, dia yakin sentiasa ada ruang buatnya untuk memperbaiki kekurangan diri.

“Kita pun manusia biasa juga yang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, kesilapan kami ini ditonton oleh jutaan orang. Jadi, janganlah asyik nak menghukum.

“Segala komen positif dan negatif saya terima dengan hati terbuka. Saya jadikan iktibar pada masa akan datang. Selepas apa yang berlaku ini juga, buat saya sedar siapa kawan kita sebenar,” katanya.

Sebelum ini, Nabila terkucil ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Peluang Kedua di program Mega Raya Ria.

Ekoran insiden tersebut, Nabila menerima kecaman teruk daripada netizen.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Akhirnya Nabila Razali Tampil Jelaskan Kenapa Suara Dia Jadi ‘Terkepit’ Pada Malam Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*