Tentera Datang Untuk Pasang Kawad Berduri Di 2 Kawasan Taman Tetapi Berbeza Sedikit Dengan PKPD Sebelum Ini

Sekeliling Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama di sini kini dipasang kawat duri.

Penduduk di kawasan itu pula dikehendaki menjalani ujian saringan pengesanan COV19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Tinjauan mendapati pemasangan pagar kawat duri di kawasan itu dilaksanakan sejak malam tadi, manakala pergerakan keluar masuk ke kawasan berkenaan dikawal pasukan polis dan tentera.

Anggota tentera mengawal laluan masuk di sekitar Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama yang dipasang kawat duri sejak semalam. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Anggota tentera mengawal laluan masuk di sekitar Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama yang dipasang kawat duri sejak semalam. – Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Penduduk yang juga kakitangan swasta, Muhammmad Noor Hidayat Kamruddin, 31, berkata beliau mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga ketika berada di tempat kerja.

Menurutnya, beliau sepatutnya tamat berkerja jam 4 petang ini tetapi diminta keluarga untuk pulang menjalani ujian saringan COV19 hari ini dikendalikan KKM.

“Sebelum ini, saya memang tahu ada sekumpulan pekerja warga asing disahkan positif COV19 dan terkejut apabila dimaklumkan kawasan kediaman kami dipasang kawat duri dikawal tentera dan polis,” katanya kepada pemberita.

Kerajaan memperkenalkan dua kaedah bagi mengesan dan mengawal penularan COV19 di kawasan yang dikenal pasti, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD) dan PKP secara pentadbiran

Pemasangan kawat duri di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama itu dipercayai susulan KKM mengesan satu kluster COV19 baharu, membabitkan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, kluster itu membabitkan 24 warganegara Bangladesh dijangkiti wabak itu hasil saringan dilakukan sebuah klinik swasta.

Katanya, 20 individu dikesan dijangkiti menginap di asrama di Kuala Langat, manakala empat lagi individu di pangsapuri di Nilai.

Seorang lagi penduduk, Siti Halimah Hassim, 37, berkata dia mendapat tahu kawasan itu dikawal anggota keselamatan selepas dimaklumkan suaminya tengah malam tadi.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat duri di sekitar Pangsapuri Taman Langat Utama dan Pangsapuri Taman Langat Murni, hari ini. - Foto BERNAMA

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat duri di sekitar Pangsapuri Taman Langat Utama dan Pangsapuri Taman Langat Murni, hari ini. 

Pagi ini, katanya, dia bersama empat anak sepatutnya melakukan ujian saringan COV19, namun disebabkan jumlah penduduk ramai yang datang, mereka terpaksa menunggu giliran petang.

“Setakat ini, penduduk masih boleh keluar masuk dari kawasan ini sekiranya mempunyai surat kebenaran, namun selepas menjalani ujian saringan kami hanya dibenarkan tinggal di rumah,” katanya.

Kuala Langat yang hampir tiga minggu berada dalam zon hijau, kini diletakkan bawah zon kuning berikutan penambahan 20 kes baharu COV19, sekali gus menamatkan rekod zon hijau dipegang daerah itu sejak 8 Mei lalu.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Tentera Datang Untuk Pasang Kawad Berduri Di 2 Kawasan Taman Tetapi Berbeza Sedikit Dengan PKPD Sebelum Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares