Ramai Yang Sudah Lama Tangguh Kahwin Dan Kali Ini Dibenarkan. Ismail Sabri Jelaskan SOP Jika Ada Yang Nak Bernikah Waktu PKPB

Bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri kini boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri semalam, bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan.

“Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.

“Jadi mesyuarat hari ini (semalam) faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah, tetapi tertakluk syarat sama, perlu ada kelulusan polis.

“Juga patuh prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebihi 20 orang dan sebagainya,” katanya pada sidang media harian, semalam.

Ismail Sabri berkata, kebenaran turut diberikan kepada jurufoto perkahwinan yang mahu mengambil gambar pengantin sama ada ketika majlis berlangsung mahupun gambar praperkahwinan.

“Kita bersetuju kerana ia tidak membabitkan ramai orang dan gambar diambil di tempat terbuka seperti tasik dan sebagainya. SOP nya tetap sama, tidak boleh ramai, perlu patuh penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sebagainya,” katanya.

Jurufoto perkahwinan lega sudah dibenar ‘beraksi’

JURUFOTO perkahwinan kini menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan sektor industri itu beroperasi semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian pandemik Covid-19 di Putrajaya berkata, sektor itu dibenarkan tetapi perlu mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ismail Sabri turut menambah penggambaran hanya boleh dilakukan di luar sahaja seperti di taman tasik ataupun tempat yang bersesuaian bagi lokasi penggambaran yang hanya melibatkan pengantin dan jurufoto serta tidak dibenarkan berhimpun beramai-ramai.

Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada sesi penggambaran pra-perkahwinan dan akad nikah sahaja tanpa majlis keraian yang melibatkan jumlah perhimpunan yang ramai.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menetapkan pengoperasian semula industri ini selepas mengambil kira ribuan jurufoto perkahwinan yang hilang job sejak PKP dilaksanakan.

Dalam pada itu jurufoto perkahwinan sepenuh masa, Amir Hafiz Abd Rahman bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan mereka beroperasi semula selepas kebanyakan pengantin dibenar mengadakan majlis pernikahan secara dalam talian.

Sumber : HMETRO ONLINE / Edisi 9

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*