Beza Usia 17 Tahun Tapi Hadiah Yang Intan Ladyana Terima Dari Teman Lelaki ‘Muda’ Adalah Sangat Sweet

Aktres Intan Ladyana menerima jambangan bunga sempena sambutan hari lahir ke-38 daripada kekasih hatinya, penyanyi remaja Harris Alif.

Intan memuat naik foto jambangan bunga kiriman Harris, 21, di laman Instagram miliknya.

“Terima kasih,” tulis Intan ringkas bersama emoji berbentuk hati.

View this post on Instagram

thank you 🤍🥰🥰🥰

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

Selain itu, di laman Instagram Harris, bekas juara Idola Kecil musim ketiga ini turut memuat naik foto mesra bersama Intan.

“Happy birthday my lucky charm,” tulisnya di ruangan kapsyen berserta emoji senyuman.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengatakan yang wajah Harris dan Intan mempunyai persamaan.

Pasangan ini mula berkongsi kemesraan mereka di laman Instagram semenjak beberapa minggu lalu.

Mengakui sudah mengenali lebih 10 tahun, mereka menjalin hubungan cinta selepas rapat semenjak beberapa bulan lalu.

Perancangan Untuk Bawa Hubungan Dengan Intan Ladyana Ke Peringkat Lebih Serius? Ini Jawapan Harris Alif

Perancangan Untuk Bawa Hubungan Dengan Intan Ladyana Ke Peringkat Lebih Serius? Ini Jawapan Harris Alif

Pelakon, pengacara dan penyanyi remaja, Harris Alif, 21, masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan cintanya dengan aktres Intan Ladyana, 38, ke peringkat yang lebih serius.

Mengakui sedang rapat dengan Intan, Harris sudah menyulam cinta dengan bintang filem Jangan Pandang Belakang itu semenjak beberapa bulan lalu.

“Perancangan untuk ke next step dalam masa terdekat ni? Belum ada lagi. Rasanya masih awal lagi untuk memperkatakan mengenai perkara terbabit.

“Kita semua pun masih berada dalam ‘mood’ Raya dan setakat ini, tiada sebarang perancangan.

“Buat masa ini, kita sama-sama ‘looking forward’ untuk kembali bekerja memandangkan sudah lama bercuti akibat Perintah Kawalan Pergerakan semenjak Mac lalu,” kata Harris ketika dihubungi Gempak.

Juara Idola Kecil 3 ini mula dikhabarkan sedang menyulam hubungan cinta dengan aktres itu selepas memuat naik foto mengenakan pakaian raya sedondon bersama Intan di laman sosial Instagram miliknya.

Mengakui perkara terbabit, Harris mendedahkan dia terpikat dengan Intan yang mempunyai keperibadian baik.

Dalam perkembangan terbaru, Harris kini aktif mengacarakan program hiburan MPop!.

“Setakat ini saya aktif mengacara dan perancangan lain dalam dunia seni terpaksa ditangguh dahulu kerana penularan wabak COVID-19.

“Saya sendiri tak tahu bila akan kembali mula bekerja tetapi saya berharap agar pandemik ini akan segera berlalu dan semua orang terus mengekalkan keselamatan masing-masing,” katanya lagi.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Beza Usia 17 Tahun Tapi Hadiah Yang Intan Ladyana Terima Dari Teman Lelaki ‘Muda’ Adalah Sangat Sweet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*