3 Tahun Mengandung 3 Kali Beranak. Kali Ini Zizie Ezette Ambil Keputusan Untuk Ambil Anak Angkat

SELEPAS membesarkan dua orang anak angkat beberapa tahun lalu, pelakon Datin Seri Zizie Ezette mengumumkan bakal mengambil seorang lagi anak angkat pada tahun depan.

Menerusi laman sosial Instagram, Zizie Ezette atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 42, berkata, dia dalam proses menguruskan pengambilan tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

“Hari untuk uruskan dokumen pengambilan anak angkat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

“Baru la ada kelapangan. Sebelum ni mommy seorang ni sibuk mengandung dan beranak je tiga tahun berturut-turut.

“Tahun ni baru dapat relaks sikit. InsyaAllah tahun depan ada lagi seorang.

Dalam pada itu, Zizie berkata, dia melalui prosedur pengambilan anak angkat yang sama seperti dilalui orang awam yang lain.

“Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama macam orang lain dan betul mengikut undang-undang.

“Kena beratur, ambil nombor, tunggu giliran, isi borang. Semuanya. Tiada keistimewaan atau guna kabel,” tulisnya.

Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2.

Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "3 Tahun Mengandung 3 Kali Beranak. Kali Ini Zizie Ezette Ambil Keputusan Untuk Ambil Anak Angkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*