
Insiden melibatkan kecuaian pemandu m4bvk hingga meragut nyawa pengguna jalan raya lain mencetuskan rasa tidak senang bagi pelakon Adam Corrie Lee Abdullah.
Kata Adam, 51, seseorang individu itu seharusnya bertanggungjawab atas setiap tindakan sebelum dan selepas melakukan sesuatu.
“Situasi ini adalah peranan individual, kita tahu kalau minum arak kita akan m4bvk dan tak waras walau macam mana sekali pn.
“Tapi sebelum minum tu baik kita fikir masak-masak ‘aku minum ni untuk apa?’,” kongsinya kepada Gempak.
AMBIL GRAB LEBIH SELAMAT
Tambah Adam, seandainya tahu tindakan itu berisiko, elakkan memandu dan gunakan alternatif perkhidmatan e-hailing seperti Grab Car.
“Kalau untuk saja-saja baik pakai Grab jangan bawa kereta. Kalau nak pergi clubbing senang cerita jangan bawa kereta.
“Sekarang teknologi ni mudah, ambil saja Grab je.
“Kalau setakat nak m4bvk dan nak tunjuk masih boleh bawa kereta itu silaplah.
“Silap-silap nanti lesen kena gantung dan masuk penjara,” tambahnya.
Saranan Adam, elakkan melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri dan keselamatan orang lain.
“Bagi saya tak payah minumlah, buat apa m4bvk ?
“Sebab selagi hukuman tak berat suka hatilah mereka nak minum dan bawa kereta atau langgar orang macam mana pun.
“Saranan saya tak payah minum sampai m4bvk , tak ada manfaat pun,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Adam bakal muncul dalam filem Ada Apa Dengan Dosa yang akan ditayangkan mulai esok (4 Jun 2020) di saluran Astro First.
Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz dihantui dosa silam apabila pernah berzlna hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, anak perempuannya itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Sumber : GEMPAK
Leave a Reply