TASKA Sudah Boleh Tetapi TADIKA Belum Lagi. Menteri Ismail Sabri Beritahu Bila Tarikh TADIKA Boleh Operasi Semula

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju baki 6,696 taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dibenar memulakan operasi, mulai hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebelum ini hanya 304 TASKA yang dibenar beroperasi mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP).

“Hari ini, kita minta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkemas SOP TASKA. Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan Kementerian Kesihatan.

“Ini termasuk SOP lengkap sewaktu hantar bayi ke TASKA, sewaktu penjagaan, sewaktu ambil anak pulang,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

TASKA dibenar beroperasi, TADIKA dijangka mula Julai

SEMUA TASKA sudah dibenarkan beroperasi. - Foto hiasan

Sementara bagi operasi di taman didikan kanak-kanak (TADIKA), beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan menyediakan SOP khusus bagi diselaraskan dengan semua operasi tadika yang dikendalikan semua kementerian.

“Kita tunggu mereka bentang SOP lengkap dulu. Kalau nak buka Julai ini, kita akan benarkan, tapi kita mahu lihat dengan teliti SOP berkenaan,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "TASKA Sudah Boleh Tetapi TADIKA Belum Lagi. Menteri Ismail Sabri Beritahu Bila Tarikh TADIKA Boleh Operasi Semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*