Penduduk Pangsapuri Ini Akan Disaring C0VlD19. Punca Didedahkan

“PAGI ini saya sudah mendapat panggilan daripada pihak pengurusan memaklumkan esok kami perlu menjalani saringan Cov19,” kata Pang Wee Lee, 28, penduduk Pangsapuri Segar Ria, Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia mendapat maklumat sebelum ini bahawa ada tiga orang yang tinggal di Blok D pangsapuri terbabit dijangkiti Cov19 menyebabkannya menghubungi pihak pengurusan untuk mengetahui keadaan sebenar.

Katanya, pihak pengurusan pangsapuri itu memberitahu masih menunggu perkembangan lanjut sebelum pagi ini dia dihubungi dan dimaklumkan penduduk perlu disaring esok.

“Notis pemberitahuan mengenai saringan itu juga sudah ditampal di dinding pintu lif,” katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang lagi penduduk, Rocky Pang, 26, berkata, dia hanya mengetahui perlu menjalani saringan Covid-19, semalam, selepas membaca notis pemberitahuan itu.

“Esok saya akan menjalani saringan itu tetapi masih belum diberitahu perlu berkumpul di mana.

“Saya juga memang ada dengar penduduk di tingkat tiga dan tingkat 10 dijangkiti Covid-19 namun tidak mengetahui cerita sebenar,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati penduduk di pangsapuri terbabit masih menjalani kehidupan mereka seperti biasa dan tetap memakai pelitup muka.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam laman Twitter memaklumkan kewujudan kluster baharu di Pangsapuri Cheras dengan enam individu positif.

“Semua rakyat tempatan. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: Hmetro Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Penduduk Pangsapuri Ini Akan Disaring C0VlD19. Punca Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*