Kerana Seorang Ini, Semua Yang Ada Dalam Penjara Terpaksa Disaring C0VlD19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan salah seorang banduan yang ditahan di Penjara Sungai Buloh positif koronavirus (Cov19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, banduan terbabit bukan warganegara dan telah berada di sana sejak 2016 sebelum dimasukkan semula pada 13 Mac lalu serta kini didapati positif Cov19.

Menurutnya, banduan tersebut telah dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih dan KKM kini sedang mengesan kontak rapat pesakit terbabit untuk disaring.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak akan melakukan saringan bukan sahaja terhadap kontak rapat banduan terbabit malah termasuk 700 kakitangan dan juga 800 tahan di Penjara Sungai Buloh.

“Jadi ini merupakan proses tindakan kita sekiranya ada individu yang dikesan positif Cov19 di mana kita akan terus melaksanakan pengesanan kepada mereka yang terdedah kepada banduan tersebut termasuk kakitangan dan saringan sedang dijalankan,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan KKM telah mengesan dan mengasingkan 41 kontak rapat termasuk keluarga pelajar tahfiz yang disahkan positif Cov19 di Perak semalam.

Menurutnya, pelajar yang berusia 15 tahun itu telah dikesan oleh KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi ujian dan saringan terhadap golongan sasar iaitu pelajar sekolah tahfiz.

“Jadi kita melaksanakan ujian dan didapati positif. Apabila positif kita juga perlu saring keluarga terdekat dan kontak rapat pelajar tersebut.

“Kita telah asingkan 41 kontak rapat dan keluarga. Mereka telah ditempatkannya di Institut Awam di Sungkai, Perak dan walaupun negatif mereka tetap akan dikuarantinkan selama 14 hari.

“Pelajar tersebut telah dimasukkan ke hospital untuk diasingkan dalam tempoh 14 hari,” katanya.

KKM saring kakitangan, tahanan Penjara Sungai Buloh

700 kakitangan dan 800 tahanan di Penjara Sungai Buloh sedang disaring Kementerian Kesihatan. - Foto fail NSTP

Seramai 700 kakitangan dan 800 tahanan di Penjara Sungai Buloh sedang disaring Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan seorang banduan penjara itu disahkan positif COV19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berkata banduan berkenaan yang ditahan di penjara itu sejak 2016 pernah keluar pada 13 Mac lalu, sebelum didapati positif virus berkenaan.

“Banduan itu sudah dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih. Kita sedang melihat kepada kontak rapat banduan itu dan akan saring jika ada yang terdedah kepadanya.

“Pejabat Kesihatan Gombak bukan saja akan saring kontak rapat tapi juga 700 kakitangan dan 800 tahanan di penjara itu.

“Ini sedang dalam proses, yang mana kalau kita kesan satu kes positif, kita akan terus menjalankan pengesanan kes aktif kepada mereka yang terdedah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sumber : BHARIAN ONLINE / SINAR HARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Kerana Seorang Ini, Semua Yang Ada Dalam Penjara Terpaksa Disaring C0VlD19."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*