DG Noor Hisham Beri Satu Gambaran Berita Baik Bahawa PKPB Boleh Ditamatkan Tetapi Ada Syaratnya

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu dilanjutkan bagi membolehkan pemantauan dan pengawasan berterusan dilaksanakan jika lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jika rakyat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ketika itu barulah kerajaan bersedia dengan strategi keluar untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).

“Jika kita kekal mendapat satu atau dua digit yang rendah (kes baharu) dan tiada peningkatan kes mendadak pasca Aidilfitri, maka kita rasa kita perlu membuka lagi sektor ekonomi yang lain, namun ia memerlukan kawalan. Jika kita keluar dari strategi keluar, maka akan tiada kawalan langsung.

Gambar fail menunjukkan pelanggan berbaris menunggu giliran dan mematuhi penjarakan sosial untuk masuk ke premis perniagaan, iaitu antara SOP PKPB. - Foto Asyraf Hamzah

Gambar fail menunjukkan pelanggan berbaris menunggu giliran dan mematuhi penjarakkan sosial untuk masuk ke premis perniagaan, iaitu antara SOP PKPB. – Foto Asyraf Hamzah

“Sekarang kawalan ini bergantung kepada Akta 342, antaranya membabitkan kawalan sempadan dan penjaran sosial, yang mana kuasa pelaksanaannya diturunkan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

“Jika semua sektor dibuka dan pemantauan kita berjalan dengan baik, kita masih kekalkan dua atau satu digit, maka kita bersedia untuk strategi keluar. Inilah yang kita katakan ‘soft landing’, iaitu supaya rakyat patuh SOP,” katanya pada sidang media hariannya, di sini hari ini.

PKP berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac lalu di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19, antaranya meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Ia kemudian dilanjutkan sehingga 14 April, disusuli lanjutan sehingga 28 April dan kemudian sehingga 12 Mei.

PKPB pula dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei yang membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), selain orang ramai dibenarkan bergerak melebihi radius 10 kilometer dari kediaman masing-masing.

Ia kemudian dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "DG Noor Hisham Beri Satu Gambaran Berita Baik Bahawa PKPB Boleh Ditamatkan Tetapi Ada Syaratnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares