
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya akan disyorkan kepada kerajaan untuk ditamatkan berdasarkan dua faktor yang perlu diambil kira.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, keputusan tersebut adalah berpandukan kepada pematuhan SOP oleh rakyat tempatan dan bukan warganegara terutamanya pekerja asing.
Kedua-dua perkara tersebut perlu seiring sebelum KKM bersetuju untuk menamatkan PKPB dan membawa perkara tersebut kepada kerajaan untuk membuat keputusan.
Adakah KKM akan syorkan PKPB ditamatkan?
1. Rakyat tempatan patuh SOP
2. Bukan warganegara terutama pekerja asing tidak patuh SOP. (Masalah tempat penginapan/ruang sempit)
Kedua-duanya perlu seiring. Ini yang kita perlu lihat sblm buat keputusan
Adakah KKM akan syorkan PKPB ditamatkan?
1. Rakyat tempatan patuh SOP2. Bukan warganegara terutama pekerja asing tidak patuh SOP. (Masalah tempat penginapan/ruang sempit)
Kedua-duanya perlu seiring. Ini yang kita perlu lihat sblm buat keputusan. – @DGHisham
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) June 1, 2020
Selain itu, KKM turut akan mengesyorkan kepada kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada rakyat dalam sektor lain seperti sukan dan pendidikan.
Namun, keputusan ini akan dibuat sekiranya dalam tempoh satu mingu lagi kes tempatan kekal pada angka satu atau dua digit.
KKM akan syorkan kepada kerajaan beri kelonggaran kpd sektor lain spt sukan dan pendidikan jika dalam tempoh seminggu lagi kes tempatan libatkan rakyat tempatan kekal satu atau dua digit.
KKM akan syorkan kepada kerajaan beri kelonggaran kpd sektor lain spt sukan dan pendidikan jika dalam tempoh seminggu lagi kes tempatan libatkan rakyat tempatan kekal satu atau dua digit.#COVID19Malaysia??
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) June 1, 2020
DG Hisham Beritahu Bila Tarikh Yang Dijangka Akan Berakhir Sepenuhnya C0VlD19 Di Malaysia
Berdasarkan data perbandingan kes harian Covid-19 (ditolak kes import, kes warga asing di depoh tahanan dan warga asing dalam komuniti) berbanding unjuran pemodelan pada 21 Mei mendapati wabak Cov-19 akan berakhir pada 14 Julai depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan berlaku sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Unjuran kes harian penularan tempatan melibatkan rakyat negara ini adalah sejajar dengan pemodelan yang diramal oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Menurutnya, unjuran tersebut menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil kerajaan selain pematuhan rakyat terhadap SOP.
“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mencapai pencapaian ini bagi membendung penularan Cov-19,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat harus kekal waspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada peningkatan kes Cov19 dalam kalangan masyarakat setempat.
“Hari ini merupakan hari ke-29 sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu dan kerajaan telah membenarkan pembukaan beberapa sektor ekonomi secara terkawal dan berhati-hati dengan pelbagai SOP diperkenalkan,” katanya.
Sementara itu, berdasarkan data bilangan kes baharu, kes tertinggi direkodkan di Melaka dengan 13 kes membabitkan kes import.
Selangor merekodkan 11 kes baharu termasuk tujuh kes import dan Kuala Lumpur juga mencatatkan 11 kes baharu dengan enam kes import.
Selain itu Negeri Sembilan merekodkan dua kes penularan tempatan manakala Sabah satu kes.
Pada perkembangan sama, tiga kluster telah tamat di mana tiada lagi kes aktif direkodkan.
Ia melibatkan Kluster Madrasah Ayer Merbau(41 kes), Kluster Kampung Baru (24 kes) dan Kluster Malayan Mansion (13 kes).
Jadi kita berdoa bahawa PKPB dapat ditamatkan. Tolong patuhi arahan kerajaan sekarang.
Sumber : Siakap Keli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply