Sepang Bertukar Dari Zon Kuning Ke Zon Merah

PERTAMBAHAN 24 kes baru Cov19 di mukim Labu menjadikan daerah Sepang bertukar daripada zon kuning ke merah semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan Cov19 Selangor (STFC) di Facebook, pertambahan 24 kes baru itu menjadikan kes aktif terkumpul kini adalah 64 kes.

Secara keseluruhan, daerah itu merekodkan 136 kes.

“Kes baru Depoh Tahanan Imigresen (DTI) yang mendadak naik menyebabkan mukim Labu kini zon merah dan dengan itu, daerah Sepang juga menjadi zon merah secara automatik.

“Pengamalan kebiasaan baru seperti penjarakan sosial, jaga kebersihan dan pakai pelitup muka perlu menjadi rutin harian. Itu saja benteng paling efektif pada waktu ini,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dan info grafik dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Facebook, negeri itu merekodkan 31 kes baru sehingga 12 tengah hari semalam.

“Pertambahan 31 kes iaitu 28 kes tempatan dan tiga kes luar negara.

“Terdapat pertambahan 24 kes positif di DTI Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tiada pertambahan kes di DTI Semenyih dan tiada pertambahan kes positif kluster syarikat pembersihan di Kuala Langat,” katanya.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes terkumpul adalah 1,909 kes manakala 1,531 kes sembuh, 278 kes aktif dan kematian kekal pada angka 22.

Tiada pertambahan kes baru di daerah Hulu Langat yang berada dalam zon merah dengan 126 kes aktif membabitkan dua mukim iaitu Hulu Langat dan Semenyih.

Selain itu, enam daerah lain masih kekal di zon kuning iaitu Petaling (23), Kuala Langat (20), Gombak (17), Hulu Selangor (16), Kuala Selangor (enam), Klang (enam) manakala Sabak Bernam berada di zon hijau apabila tiada kes baharu direkodkan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Sepang Bertukar Dari Zon Kuning Ke Zon Merah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*