Panggil Tukang Gunting Rambut Datang Rumah Boleh Atau Tidak. Ini Jawapan Menteri Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi meskipun kes jangkitan COVID-19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang.

Dalam masa sama, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung keluhan orang ramai dan pengusaha kedai gunting rambut.

“Untuk kedai gunting, memang tidak dibenarkan sama sekali untuk gunting rambut. SOP sedang disediakan, saya percaya MKN sedang sediakan SOP bersama KKM.

“Setakat ini belum dibentangkan, kita menunggu dari MKN untuk bentangkan SOP jika sudah siap tapi setakat ini belum lagi. Selepas itu baru kita putuskan untuk benarkan buka atau tidak dan bila tarikh pun bergantung kepada SOP yang dibentangkan.

“Gunting rambut setakat ini masih dalam senarai terlarang di mana saja, termasuk di rumah,” katanya pada sidang media harian di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan wartawan berhubung operasi kedai gunting rambut dan tindakan sesetengah pihak mengupah tukang gunting rambut ke rumah untuk menyediakan perkhidmatan itu.

Sumber: Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Panggil Tukang Gunting Rambut Datang Rumah Boleh Atau Tidak. Ini Jawapan Menteri Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*