Isteri Luahkan Rasa Sedih Selepas Suami Dia Dilanggar Pemandu M4buk Ketika Sedang Mencari Rezeki

“SAYA tidak maafkan, nyawa tidak boleh diganti dengan wang, saya kini betul-betul hilang arah,” kata Zahlawati Zahlan,47.

Dia adalah isteri kepada Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang m4ut dirempuh pemandu mabvk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, awal pagi tadi.

Zahlawati berkata, kehidupannya bergantung kepada suami yang melakukan pelbagai pekerjaan sambilan terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Arwah buat pelbagai kerja termasuk menghantar makanan yang ditempah pelanggan melalui perniagaan kecil-kecilan saya.

“Kini saya hilang arah dan punca. Arwah meninggalkan empat anak tiri berusia tujuh hingga 15 tahun dan anak bersama saya berusia enam tahun,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian yang menimpa suaminya selepas cuba menghubungi telefon namun panggilan tidak berjawab.

“Dia keluar untuk menghantar makan di rumah rakannya di Pantai Dalam pada jam 9.30 malam. Kira-kira jam 1.30 pagi saya cuba hubungi arwah sebanyak lima kali namun tidak berjawab, namun panggilan keenam dijawab orang awam yang memaklumkan suami saya terbabit kemalangan.

“Saya terus bergegas ke lokasi dan mendapati arwah sudah tidak lagi bernyawa, dia dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

atanya, kerajaan perlu mempercepatkan pindaan undang-undang terhadap pemandu mabvk ini bagi mengelakkan ramai lagi menjadi mangsa.

“Undang-undang perlu diperketatkan, suami saya menjadi mangsa, malah bulan ini saja berapa ramai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa?

“Kini saya sudah hilang satu punca, tindakan perlu diambil dengan segera,” katanya.

Dalam kejadian pada 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Isteri Luahkan Rasa Sedih Selepas Suami Dia Dilanggar Pemandu M4buk Ketika Sedang Mencari Rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*