
Kuala Lumpur, 1 Jun 2020 – Seorang pengurus kelab malam dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan ma-buk, menum-buk polis serta membaling kerusi terhadap penjawat awam itu.
Leng Kar Loon, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi dan S. Mageswary.
Di hadapan Majistret Puteri Nursheila, bapa kepada dua anak itu didakwa memandu kereta jenis Toyota Avanza di bawah pengaruh alko-hol yang mana kandungan alko-hol di dalam badannya didapati sebanyak 200 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter da-rah (ml) berbanding had ditetapkan 80 mg bagi 100 ml da-rah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Bulatan Bilion, Cheras di sini pada 1 pagi, 21 Mei lepas, mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau pen-jara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Tan Kian Peng yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum kerana anak guamnya yang berpendapatan RM2,500 sebulan menanggung dua anak berumur 10 dan 20 tahun.
Majistret Puteri Nursheila membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Sumber: Berita Harian Online
Leave a Reply