Adakah Mesin ATM Akan Beroperasi Semula Seperti Biasa. Ini Kenyataan Dari Menteri Ismail Sabri Yaakob

Pernah satu ketika dimana anda tidak perasan dompet anda kekurangan wang untuk membeli barang dan anda perlukan wang tunai tetapi ATM ditutup?

Perkara ini banyak terjadi kepada rakyat dalam musim PKP/PKPB ini dimana waktu operasi ATM untuk kesemua bank dihadkan hingga 8 malam sahaja.

Walaupun boleh menggunakan ‘cashless’ atau debit/kredit kad ada yang mahu gunakan wang tunai. Masalah ini akhirnya selesai dan ini adalah berita gembira untuk semua rakyat Malaysia.

Mesin ATM Di Bank Akan Beroperasi Seperti Biasa. Ini Kenyataan Dari Menteri Ismail Sabri Yaakob

Mesin pengeluaran wang automatik (ATM)

Kerajaan memutuskan untuk membenarkan mesin juruwang automatik (ATM) beroperasi seperti biasa, tanpa had waktu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan akan mula berkuat kuasa esok, bagi memudahkan orang ramai untuk melakukan urusan perbankan menerusi ATM.

“Kerajaan memutuskan operasi ATM, yang sebelum ini dihadkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam, boleh beroperasi seperti biasa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Bagaimanapun, orang ramai masih perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial khususnya ketika beratur untuk menggunakan ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*