Semalam Berita Baik Untuk Suami Isteri, Hari Ini Menteri Umumkan Munkin Ada Berita Baik Untuk Golongan Bujang

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran kepada golongan bujang pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa atau keluarga masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob, memahami perasaan individu bujang yang rindukan keluarga selepas hampir tiga bulan tidak bertemu mereka.

“Saya bersimpati dengan individu bujang. Saya juga pernah bujang dan kalau boleh setiap minggu mahu berjumpa arwah mak dulu.

“Saya faham dan kerajaan sudah mula berbincang mengenai beberapa kelonggaran yang boleh diberikan dalam mesyuarat hampir setiap hari.

“Kepada golongan bujang yang rindukan keluarga, beri kami sedikit masa lagi untuk kita berbincang bilakah mereka boleh dibenarkan melakukan perjalanan. Kita takkan tutup selama-lamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Semalam Berita Baik Untuk Suami Isteri, Hari Ini Menteri Umumkan Munkin Ada Berita Baik Untuk Golongan Bujang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*