Ini Permintaan Ustaz Abu Syafiq Kepada Siti Kasim. Dia Minta Siti Kasim Untuk Jawab Dengan Cepat

Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan Siti Kasim yang mengaitkan isu sekolah tahfiz dengan pemandu ma-buk.

Abu Syafiq berkata, Siti Kassim sepatutnya bertaubat kepada Allah dengan segera.

“Siti Kasim sepatutnya bertaubat kepada Allah segera. Menyamakan arak dengan sekolah tahfiz adalah kias yang salah. Menteri Agama perlu ambil tindakan ke atas Siti Kasim and the gang serta Syiah dan Wahhabi yang kian membiak membahayakan ummah”– tulisnya di Instagram.

Terdahulu, Siti Kasim mencetuskan kontroversi ketika menyentuh mengenai isu pemandu ma-buk yang semakin menjadi-jadi ketika ini. Peguam itu membangkang cadangan untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang membabitkan pemandu ma-buk.

Dipetik dari ISMAWEB, dia berkata, peningkatan kes itu disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman berakohol itu.

“Alko-hol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu (PAS) mahu mengharamkan alko-hol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” katanya seperti dipetik dari ISMAWEB.

Kenyataan Siti Kasim itu mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen menganggap ia amat biadab, melampau dan bersifat penghinaan ke atas agama Islam dan institusinya.

USTAZ ABU SYAFIQ AJAK SITI KASIM BERDEBAT

Ustaz Abu Syafiq Original lawan Siti Kasim. Tawaran Diskusi debat berkaitan Pengharaman Arak kerana ma-buk sehingga membunuh. Serta mempertikaikan Madrasah Tahfiz. Sila jawab wahai Siti Kasim!

Mohon kalian semua PM Siti Kasim untuk ajak beliau Diskusi dgn ana. Terima Kasih.

Sumber : Ustaz Abu Syafiq (IG) / Murai

Be the first to comment on "Ini Permintaan Ustaz Abu Syafiq Kepada Siti Kasim. Dia Minta Siti Kasim Untuk Jawab Dengan Cepat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*