
‘Norma Baru’ ini adalah ayat yang baru untuk semua penduduk bukan sahaja dalam Malaysia tetapi serata dunia. Gara gara C0VlD19 melanda dunia kita hampir lumpuh.
Dengan kepantasan kerajaan, kita mampu mengawal dari tersebar luas. Dari bermula PKP dimana semua tidak boleh keluar, setiap sektor perniagaan dan perindustrian ditutup. Kita beralih kepada PKPB dimana kawalan dilonggarkan.
Alhamdullilah, perjuangan kita dari awal tahun sehingga sekarang. Walaupun kita tidak sambut Hari Raya Aidilfitri baru baru ini dengan biasa tetapi kita harus bersyukur kita masih lagi selamat walaupun belum 100%.
Kenapa Masjid Tak Boleh Ramai Seperti Pasaraya?
Mesti selalu anda mendengar soalan ini bukan? Seorang pengguna Facebook bernama Halim Hamzah telah memuat naik satu status di laman facebook peribadi beliau dimana soalan ini diajukan dan ada jawapannya. Jom baca..
Bagaimana pusat shoping boleh buka sedangkan Masjid di hadkan solat jumaat?
Jawapan Guru : Supaya tiada fitnah pada Agama. Apa pandangan Manusia jika virus ini tersebar kerana ibadat umat islam ? Pastinya buruk nya islam di mata manusia.
Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram Di mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah pun di tutup sementara untuk orang awam.
Pernah dengar ulamak Mekkah dan mandinah bantah ? tidak kan kerana mereka Faqih dan alim. Daripada kita sibuk bertanya lebih baik masa itu di gunakan untuk berdoa supaya kita boleh kembali beribadat di rumah Allah..
Maka terjawab la segala kebuntuan admin. pusat shoping, kedai makan, bank dan lain2 tiada kepentingan untuk Nama nya di jaga.
Tapi AGAMA perlu di jaga sebaik2 nya. Patut la jarang jarang dengar alim ulamak yang ada di malaysia ni membantah , rupanya mereka tahu apa yg kita tidak tahu. Mereka berfikir jauh kehadapan sedangkan kita fikir apa yg di depan. Terima Kasih Guru ku.
Sumber Asal
Harap jawapan yang diberikan dapat menjawab persoalan tuan puan. Lapangkan dada, husnuzon. Untuk beribadat boleh di rumah. Ingin berjemaah pun boleh di rumah. Kita berdoa agar Allah SWT menghilangkan C0V19 secepat munkin. Insy’Allah ..
Artikel By: TehOAisLimau
Leave a Reply