Dia Sendiri Terkejut Sumbangan Dia Jadi Tular Sedangkan Dia Tidak Menunjuk. Ini Respond LCW Bila Ditanya Kenapa Dia Buat Sumbangan Ke Masjid

KUALA LUMPUR: Tiada niat menunjuk-nunjuk dan apa yang disumbangkan ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei adalah lebih kepada usaha bantu membantu atas nama kemanusiaan apatah lagi Malaysia sedang berdepan isu pandemik COV19.

Mengulas mengenainya, Chong Wei berkata, niatnya ingin membantu pihak terbabit walaupun berbeza agama dan budaya itu timbul selepas bertanyakan kepada rakan Melayu mengenai bantuan yang boleh disalurkan sebelum turut mendapat galakan.

“Tiada niat apa-apa, memang saya ingin menyumbang,” katanya yang sama sekali tidak menyangka hantaran di media sosial mengenai sumbangannya kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP) di sini tular.

Gambar fail, Datuk Lee Chong Wei menyumbang wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala, semalam. - Foto ihsan JAWIKL

Gambar fail, Datuk Lee Chong Wei menyumbang wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala, semalam. – Foto ihsan JAWIKL

“Tiada niat untuk sebarkan apa yang saya bantu. Sebab itu saya tidak tulis di media sosial apa yang lakukan. Saya sendiri terkejut apabila ramai yang menghubungi bertanyakan hal berkenaan selepas melihat gambar saya memberi sumbangan kepada masjid.

“Saya tidak menyangka perkara itu akan tersebar,” kata bekas jaguh perseorangan negara itu walaupun hantaran yang dimuatnaik MAHSP itu rata-ratanya menerima komen positif daripada netizen.

Semalam, tular di media sosial apabila MAHSP memuat naik gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan kelengkapan kepada masjid berkenaan sebelum hantaran itu dikongsi akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wialyah Persekutuan.

Pemenang pingat perak di tiga temasya Sukan Olimpik – Beijing (2008), London (2012) dan Rio (2016) – itu turut berkata, beliau akan meneruskan usaha dilakukan bagi membantu golongan memerlukan.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Dia Sendiri Terkejut Sumbangan Dia Jadi Tular Sedangkan Dia Tidak Menunjuk. Ini Respond LCW Bila Ditanya Kenapa Dia Buat Sumbangan Ke Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares